KLFW 2025: Taguwaruwa “Rebelution” Gegarkan Runway, Kaypoh Media Cipta Sejarah Kolaborasi Streetwear Lokal
- kaypohmedia
- 5 days ago
- 2 min read
Pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 sekali lagi menjadi tumpuan apabila label fesyen tempatan, Taguwaruwa, menggegarkan runway dengan koleksi terbarunya, “Rebelution”. Dikenali dengan identiti rugged dan versatil, Taguwaruwa membawakan 36 rekaan sarat inspirasi gaya outlaw, rock dan grunge mencipta satu kenyataan fesyen yang berani, bebas, dan penuh karakter.

Menurut pengasas dan Pengarah Kreatif Taguwaruwa, Maros Azwan, “Rebelution” bukan sekadar koleksi pakaian, tetapi sebuah manifesto visual yang meraikan keberanian menentang norma, menghargai kebebasan, dan menemukan keindahan dalam ketidaksempurnaan.
“Bagi saya, Rebelution adalah tentang jiwa yang enggan terkurung, seseorang yang mencipta laluan hidupnya sendiri, sama ada di tengah kota atau di alam terbuka. Ia adalah gaya hidup, bukan sekadar fesyen,” – Maros Azwan.
Koleksi ini menggabungkan siluet maskulin berlapis, perincian maksimalis, dan permainan tekstur yang unik. Fabrik termasuk kanvas tebal, denim kitar semula, kapas organik dan poliester mesh mengutamakan ketahanan, keselesaan, dan estetika yang mencerminkan personaliti si pemakai.
Menariknya, “Rebelution” turut mengangkat semangat kolaborasi kreatif dengan penyertaan beberapa jenama dan kolektif seni tempatan seperti Matohati, FK Sneakers, Malo Headwear, Xluster, Boxlab dan Sunburst KL. Hasilnya, pentas KLFW 2025 menjadi lebih daripada sekadar pertunjukan fesyen, ia adalah pertembungan budaya, seni dan gaya hidup.
Apa yang menarik untuk KLFW 2025 ini, Taguwaruwa mengumumkan kolaborasi khas bersama Kaypoh Media, sebuah platform kandungan digital yang meraikan suara dan budaya tempatan, dengan pelancaran t-shirt edisi terhad “Kaypoh x Taguwaruwa”.
Kolaborasi ini mencatat sejarah sebagai platform kandungan digital pertama di Malaysia yang berkolaborasi secara rasmi dengan jenama streetwear tempatan untuk menghasilkan produk edisi terhad.
Rekaan t-shirt “Kaypoh x Taguwaruwa” tampil dalam warna hitam 100% cotton dengan potongan selesa, ditawarkan dalam saiz M hingga XXXXL. Ia menggabungkan gaya taktikal-minimalis yang menjadi signature Taguwaruwa, sambil membawa sentuhan karakter dan santai dari Kaypoh Media.
Kolaborasi ini bukan sekadar fesyen, ia adalah gabungan dunia media digital dan fesyen jalanan, dipersembahkan di pentas fesyen paling berprestij di Malaysia.T-shirt Kaypoh x Taguwaruwa boleh didapati secara eksklusif melalui laman shopee Taguwa Ruwa
Comments