KLEPET: Gabungan Aksi & Komedi 'Masuk Air' Lakonan Aedy Asyraf, Meerqeen & Nadhir Nasar
- N
- 5 days ago
- 2 min read
Bayangkan tengah chill naik motorhome dengan geng tiba-tiba trip bertukar jadi kacau-bilau sebab muncul gadis misteri dari Ukraine! Itulah situasi gila yang dialami oleh tiga sahabat Pali, Jany dan Wadi dalam filem aksi komedi terbaharu berjudul KLEPET, terbitan Wawa Global Sdn. Bhd. dan arahan Indra Putra (Sanji).

Menurut Indra, filem ini bukan sekadar lawak kosong, tapi sebuah karya yang cuba tampil kelainan dalam genre aksi komedi dengan pendekatan yang segar dan visual yang menarik.
“Klepet menggabungkan gaya komedi pelbagai lapisan daripada elemen komikal, animasi, sampai lawak spontan. Setiap babak ada ‘vibe’ tersendiri yang menjadikan ia unik berbanding filem aksi komedi lain,” jelas Indra.

Antara tarikan utama KLEPET ialah barisan pelakonnya yang memang ‘panas’ di kalangan peminat Aedy Asyraf, Meerqeen, dan Nadhir Nasar sebagai teraju utama.
Filem ini turut dimeriahkan oleh nama besar lain sepertiAeril Zafrel, Joey Daud, Eric Fuzi, Namie SMY, Adlin Aman Ramlie, serta pelakon dari Ukraine,Darina Porhun.
Penerbit filem ini, Aeril Zafrel, berkata gabungan tiga pelakon muda itu mampu mencipta dinamik baru dalam dunia filem komedi tempatan.
“Kami bukan sekadar nak bagi hiburan kosong. Klepet juga menyelitkan mesej sosial tentang erti persahabatan, pengorbanan dan kepekaan terhadap sekeliling,” katanya.
Aeril menambah, walaupun filem ini ‘fun dan gila-gila’, ia tetap sarat dengan nilai moral dan inspirasi, menjadikannya sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Menariknya, penggambaran KLEPET dijalankan sepenuhnya di Melaka selama 25 hari dengan kos produksi mencecah RM2.6 juta. Filem ini turut menerima bantuan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada FINAS, sebagai sokongan terhadap karya tempatan yang berpotensi besar.
Filem ini bakal menemui penonton di panggung seluruh negara bermula 27 November 2025, jadi tandakan kalendar siap-siap!
Tiga member ‘masuk air’ Pali, Jany & Wadi, plan nak enjoy trip chill naik motorhome. Semua okay je... sampai muncul Lola, gadis misteri dari Ukraine yang penuh drama. Dari situ, hidup terus tunggang-terbalik.

Belum sempat selesaikan hal Lola, datang pula hitman, kemudian terjumpa duit berkepuk dan semua jadi kelam-kabut gila.
So… mampu ke tiga sekawan ni survive trip paling chaos mereka, atau terus karam dalam masalah “klepet” sendiri?
Comments