Klangit “Kau Bersama Dia”: Lagu Patah Hati Paling Emosi
- Tasnim Ahmad
- 9 hours ago
- 1 min read
Kalau anda jenis yang cepat ‘tersentuh’ dengan lagu-lagu cinta yang real dan dekat dengan kehidupan, lagu terbaru daripada kumpulan pop rock Klangit ini memang wajib dengar. “Kau Bersama Dia” bukan sekadar lagu patah hati biasa, tapi kisah tentang bila seseorang yang kita sayang akhirnya memilih orang lain, meninggalkan kita dalam ruang antara berharap dan melepaskan.

Lagu ini bergerak dalam emosi yang sangat manusiawi iaitu tentang kehilangan, penerimaan dan proses perlahan-lahan belajar untuk redha. Klangit bawa cerita ini dengan cara yang sangat jujur, tanpa perlu berlebih-lebihan, tetapi tetap kuat dari segi emosi.
Dari segi pembikinan, “Kau Bersama Dia” bermula daripada idea melodi yang sarat dengan perasaan sebelum berkembang menjadi lirik yang lebih mendalam. Proses ini mengambil masa beberapa bulan bagi memastikan setiap lapisan muzik benar-benar sampai ke jiwa pendengar.
Salah satu elemen yang buat lagu ini lebih menarik ialah gabungan vokal Ary Klangit dan penyanyi jemputan Dina Rijeu. Dua suara ini membawa dua perspektif berbeza, lelaki dan wanita yang menjadikan penceritaan lagu lebih lengkap dan terasa hidup. Perpaduan vokal mereka memberi warna emosi yang lebih dalam, terutama bila kedua-duanya menyampaikan sisi cerita yang berbeza tapi saling melengkapi.
Menariknya, lagu ini diinspirasikan daripada pengalaman sebenar ahli Klangit sendiri serta kisah orang sekeliling mereka. Sebab itu setiap bait lirik terasa sangat dekat, macam kita sendiri pernah lalui situasi yang sama.

“Kau Bersama Dia” akan mula distrim di semua platform muzik digital pada 1 Mei 2026, manakala muzik video rasmi boleh ditonton lebih awal di YouTube Nova Music Videos pada 30 April 2026, jam 8 malam. Klangit berharap lagu ini boleh menjadi teman kepada mereka yang sedang melalui fasa kehilangan dan proses belajar untuk melepaskan.



Comments