KL BERSIAP SEDIA! Akim & The Majistret Bakal “Rampas” Ibu Kota 28 Jun Ini
- Nurul Safiah
- 5 hours ago
- 1 min read

Selepas ‘drama’ akaun Instagram digodam yang mengejutkan ramai, rupa-rupanya semua itu hanya gimik!
Kini penyanyi itu mengumumkan ibu kota bakal bergegar! Akim & The Majistret bakal “merampas” Kuala Lumpur dalam konsert solo mereka.
Konsert Rampas Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 28 Jun 2025 akan diadakan di Megastar Arena, KL.
Tiket untuk konsert penuh ledakan jiwa ini akan mula dijual bermula hari ini, 28 April, jam 11 pagi di platform rasmi www.ticket2u.com.my.

Peminat dinasihatkan agar tidak berlengah kerana tempat duduk terhad dan tiket dijangka bakal “dirampas” dalam masa singkat!
Harga tiket ditawarkan pada harga RM159.00 untuk CAT MEWANGI (Normal Seating), RM189.00 CAT1 SAKSAMA (Rockzone), da RM249.00 CAT2 POTRET (VIP Seating).
Ini bukan sekadar persembahan, ini ledakan jiwa, Akim & The Majistret berjanji bakal memberikan persembahan yang penuh energi dan emosi, cukup untuk menggoncang ibu kota.
Jangan lupa dapatkan tiket di www.ticket2u.com.my. Ayuh, bersedia untuk malam yang akan menggegarkan kota!

Comentarios