top of page

Kimbab Lancar “Drama Raya”, Lagu Raya Santai Penuh Kisah Pagi Syawal

  • Writer: N
    N
  • 5 hours ago
  • 2 min read

Drama Raya nampaknya bakal jadi antara lagu raya yang paling relate tahun ini. Trio lawak Kimbab yang dianggotai oleh Zulin Aziz, Nasz Sally dan Maryam DurianKimchi kembali memeriahkan Aidilfitri dengan single baharu yang memang ‘kena’ dengan realiti pagi Syawal kita semua.

Kalau korang pernah alami kuih tak menjadi, baju raya tiba-tiba sendat, atau drama bangun lambat nak pergi solat raya ya, lagu ini memang untuk kita.


Lagu raya santai ini angkat kisah benar yang berlaku hampir setiap tahun dalam masyarakat kita. Bukan sekadar hiburan kosong, tapi penuh momen yang buat kita angguk kepala sambil senyum sendiri.


Menurut Zulin yang bertindak sebagai pencipta lagu dan lirik, idea “Drama Raya” datang daripada pengalaman harian yang terlalu dekat dengan kehidupan sebenar rakyat Malaysia. Dari hal kecil dalam dapur sampai ke perangai ahli keluarga pagi raya semua ada.


Yang buat lagu ini lagi menarik? Maryam tampil dengan bahagian rap dalam Bahasa Melayu. Yes, rap Melayu! Bukan sikit-sikit, tapi betul-betul rap dengan sebutan yang kemas. Memang lain macam vibe dia.

Zulin sendiri akui cabaran terbesar ialah memastikan flow dan sebutan rap itu tepat. Tapi hasilnya memang padu. Kalau dengar sekali, confirm melekat.


Keserasian trio ini pula bukan benda baru. Sejak sama-sama mencipta nama menerusi Muzikal Lawak Superstar, chemistry mereka memang dah macam isi dengan kuku. Jadi tak hairanlah proses rakaman berjalan lancar dan penuh gelak ketawa.


Menariknya, “Drama Raya” bukan sekadar lagu lawak. Ia juga sentuh tentang perbezaan generasi milenial dan Gen-Z dalam cara sambut raya. Cara berpakaian, cara beraya, sampai cara ambil gambar pun dah lain. Tapi dalam kelainan itu, nilai tradisi tetap diraikan.


Lebih best, lagu ini bakal jadi lagu tema untuk telefilem raya Kimbab berjudul Andartu Cancel Raya yang akan ditayangkan di Astro. Nampaknya memang full package raya tahun ini untuk Kimbabers.

Secara keseluruhan, “Drama Raya” ada semua elemen yang kita nak dalam lagu raya moden catchy, ringan, relatable dan penuh humor. Tak terlalu berat, tak terlalu klise. Cukup sekadar buat kita rasa, “Eh, ini macam cerita rumah aku.”


Raya memang tak lengkap tanpa sedikit drama. Bezanya sekarang, drama itu ada lagu tema dia sendiri.

Comments


bottom of page