Kim Myung Soo (L) Bakal Gegar Kuala Lumpur Menerusi Fan-Con Asia Tour [UNCHANGED] 2026
- N

- 9 minutes ago
- 1 min read
Peminat K-pop di Malaysia, bersedia! Kim Myung Soo bakal kembali bertemu peminat menerusi acara fan-concert terbaru beliau, 2026 KIM MYUNGSOO (L) FAN-CON ASIA TOUR [UNCHANGED] di Kuala Lumpur.

Acara yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung di Mega Star Arena pada 27 Jun 2026
Pengumuman rasmi ini pastinya mengujakan peminat setia Kim Myung Soo atau lebih dikenali sebagai “L”, yang terkenal dengan aura karismatik serta persembahan memukau di pentas dan layar drama Korea.
Walaupun butiran lanjut seperti harga tiket dan pelan tempat duduk masih belum diumumkan, ramai peminat sudah mula menantikan peluang untuk menyaksikan sendiri penampilan istimewa beliau di Kuala Lumpur.
Jadi, tandakan tarikh anda dan nantikan maklumat seterusnya daripada pihak penganjur!



Comments