top of page

Kilauan Emas 2025 Minggu Kedua: Kinar Raih Tempat Pertama & Anugerah Emas Berkilau, Ben Tersingkir

  • kaypohmedia
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Kilauan Emas 2025 semakin rancak! Minggu kedua rancangan realiti popular ini menyaksikan persaingan sengit antara peserta dengan persembahan penuh bertenaga serta pilihan lagu yang mengimbau memori penonton.


ree

Peserta Kinar muncul sebagai bintang utama minggu ini apabila berjaya meraih markah keseluruhan tertinggi 80.12%, sekaligus mendaki ke tangga pertama carta. Persembahannya membawakan lagu I Live My Life For You nyanyian asal Fire House berjaya memukau bukan sahaja para juri malah penonton di rumah. Kemenangan itu turut melayakkan Kinar menerima gelaran “Anugerah Emas Berkilau Of The Week” dalam segmen terakhir.



Di belakangnya, Zekrai berada di tempat kedua dengan 77.42%, manakala Ezan mengekori rapat di tempat ketiga dengan 74.20%. Kedudukan tiga teratas ini dijangka menjadi saingan hangat pada minggu-minggu mendatang.


Namun, malam penuh debaran ini juga menyaksikan penyingkiran. Peserta Ben yang menduduki kedudukan terbawah selepas mencatat markah keseluruhan terendah terpaksa akur dan menamatkan perjalanan beliau dalam pertandingan.


ree

Tema minggu ini, “Hit & Memorable Song”, jelas memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan keunikan vokal dan penghayatan lagu, sekali gus menghidupkan semula kenangan lagu-lagu evergreen yang masih dekat di hati penonton.


Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti perjalanan Kilauan Emas 2025 yang semakin mendebarkan. Episod baharu disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), serta boleh distrim di On Demand, Astro GO dan sooka.

Comentários


bottom of page