top of page

Kilauan Emas 2025 Minggu 7: Mazleen Kekal Di Tangga Teratas, Nawary Curi Tumpuan & Kinar Tersingkir

  • kaypohmedia
  • 18 hours ago
  • 1 min read
ree

Saingan Kilauan Emas 2025 minggu ketujuh semakin panas dengan tema “Selekoh Akhir” yang menyaksikan setiap peserta membawa killer song pilihan mereka bagi merebut tempat ke pentas akhir. Seperti dijangka, peserta konsisten Mazleen sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila berjaya mengekalkan kedudukan di tangga pertama dengan markah tertinggi iaitu 86.30%.

ree

Tidak kurang hebatnya, pencabar baharu, Nawary, berjaya mencuri tumpuan juri dan penonton dengan persembahan penuh emosi menerusi lagu Total Eclipse Of The Heart dan Penasaran, sekaligus melonjak ke kedudukan kedua dengan markah 82.46%. Sementara itu, Zekrai terus mengukuhkan kedudukannya dalam kelompok tiga terbaik dengan markah 77.83% selepas membawakan lagu Pada Syurgaku Di Wajahmu dan Seperti Mati Lampu.

ree

Di belakang mereka, Zanie tidak kurang cemerlang apabila menduduki tempat keempat dengan 77.62%, diikuti Majid di tempat kelima dengan 72.56%, serta Ezan di tempat keenam dengan 71.12%. Kedudukan ini sekaligus mengesahkan enam peserta ini bakal mara ke pentas akhir.

ree

Namun, momen paling mengejutkan minggu ini adalah penyingkiran dua peserta iaitu Leeza dan Kinar. Leeza menamatkan saingan dengan markah 70.93%, manakala Kinar yang sebelum ini begitu konsisten malah merangkul Anugerah Emas Berkilau Of The Week selama tujuh minggu berturut-turut tersingkir dengan markah 65.49%. Kejutan ini pastinya membuat ramai peminat terkesan kerana Kinar dianggap antara peserta paling menyerlah musim ini.


Kini, hanya tinggal enam finalis yang bakal berentap di pentas akhir untuk merebut gelaran juara Kilauan Emas 2025. Siapakah yang akan dinobatkan sebagai bintang paling bersinar tahun ini?

ree

Jangan lupa saksikan Kilauan Emas 2025 setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), serta turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan sooka.

Comments


bottom of page