Khadam: Filem Seram Tentang Saka Yang Bukan Sekadar Nak Takutkan Penonton
- kaypohmedia
- Apr 9
- 2 min read
Filem Khadam mula jadi sebutan bila teaser pertama akhirnya dilepaskan dan ya, ini bukan sekadar filem seram biasa. Dengan tema saka yang dekat dengan kepercayaan masyarakat tempatan, Khadam datang dengan pendekatan lebih emosional dan sedikit “deep”, buat kita fikir dua kali lepas tengok.

Teaser berdurasi satu minit tu dah cukup bagi vibe yang tak senang duduk. Ia tunjuk kehidupan sebuah keluarga yang nampak tenang pada awalnya, tapi perlahan-lahan berubah bila satu entiti mula “menumpang” dan mengawal keadaan. Dari situ, kita dah boleh agak cerita ni bukan jenis jumpscare semata-mata.
Apa yang menarik, filem arahan Shamyl Othman ini angkat konsep saka dengan tagline “Jangan Sampai Jadi Tuan”. Maksudnya jelas benda yang kita anggap membantu, akhirnya boleh ambil alih hidup kita. Dalam konteks tempatan, “khadam” sering dikaitkan dengan jin atau makhluk halus yang diwarisi, dan filem ini cuba kupas sisi gelap hubungan tersebut.
Dari segi penceritaan, skrip hasil tulisan Fariza Azlina Isahak dikatakan lebih berani, dengan konflik yang berkembang secara perlahan tapi konsisten. Bukan jenis cerita straight-forward lebih kepada perjalanan emosi watak yang makin lama makin hilang kawalan terhadap diri sendiri.
Bab lakonan pun bukan biasa-biasa. Pelakon Indonesia, Aghniny Haque, buat debut dalam produksi Malaysia sebagai Melor, watak yang nampak tenang tapi sebenarnya penuh rahsia. Digandingkan dengan Remy Ishak sebagai Awang, chemistry mereka dijangka jadi antara kekuatan utama filem ini.
Turut sama menjayakan cerita ni ialah Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaf dan Karl El, dengan kemunculan khas Jun Lojong. Dinamik keluarga yang dibina nampak realistik, jadi konflik yang berlaku pun lebih “kena” dengan emosi penonton.
Dari segi visual pula, Khadam nampaknya memang serius. Setiap babak dibina dengan penggunaan cahaya dan suasana yang teliti untuk naikkan rasa seram dan tekanan emosi. Kiranya, ini jenis filem yang rely pada mood not just bunyi kuat atau hantu tiba-tiba muncul.
Kalau korang jenis suka filem seram yang ada “isi” dan bukan sekadar nak terkejut, Khadam mungkin antara yang patut masuk watchlist tahun ni. Tambah pula dengan teaser yang dah mula bagi hint betapa beratnya konflik yang bakal ditunjukkan.
Filem ini dijangka ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia tahun ini. Jadi sementara tunggu trailer penuh keluar, bolehlah bersedia mental sikit sebab nampaknya, cerita ni bukan sekadar seram… tapi juga ganggu fikiran.











Comments