Kenny G Kembali Gegar Genting Dengan Malam Jazz Penuh Nostalgia
- Tasnim Ahmad
- 3 hours ago
- 2 min read
Peminat muzik jazz, ini berita yang confirm buat ramai tersenyum. Kenny G akhirnya kembali ke Malaysia menerusi siri jelajah “King of Saxophone” Kenny G 2026 World Tour in Malaysia yang bakal berlangsung di Arena of Stars pada 12 Julai 2026.

Bagi yang membesar dengan lagu seperti Songbird, Forever in Love dan Silhouette, nama Kenny G memang tak perlu diperkenalkan lagi. Bunyi saksofonnya cukup ikonik sampai sekali dengar pun orang dah boleh teka siapa. Kali terakhir beliau tampil di Malaysia pun berjaya tarik ramai peminat jazz dan instrumental daripada pelbagai generasi.
Konsert anjuran Everbeat Entertainment dengan kerjasama CEOMAN Entertainment ini dijangka jadi antara persembahan antarabangsa yang paling dinanti tahun ini, terutama untuk mereka yang sukakan vibe santai, romantik dan penuh nostalgia.
Sepanjang lebih empat dekad dalam industri muzik, Kenny G bukan sekadar dikenali sebagai pemain saksofon terkenal dunia, malah antara pemuzik instrumental paling laris sepanjang zaman dengan jualan album melebihi 75 juta unit di seluruh dunia. Beliau juga pernah bekerjasama dengan ramai nama besar termasuk Celine Dion, Andrea Bocelli, Andy Lau, Kanye West, The Weeknd dan Charlie Puth.
Menariknya, ramai juga mungkin tak tahu Kenny G pernah mencipta rekod dunia untuk note berterusan paling panjang menggunakan saksofon selama hampir 46 minit. Memang level legend.
Kalau tengok gaya persembahan Kenny G sebelum ini, ramai datang bukan sekadar nak dengar muzik semata-mata. Ada yang anggap konsert beliau sebagai “date night” sempurna sebab suasana yang dibawa memang tenang dan classy. Tambah pula dengan setting di Genting Highlands, memang kena dengan mood malam romantik sambil layan live jazz.
Peminat boleh menjangkakan gabungan lagu-lagu ikonik, susunan muzik menyentuh emosi dan produksi pentas elegan yang buat pengalaman konsert terasa lebih eksklusif. Sesuai sangat untuk peminat muzik lama ataupun generasi muda yang baru nak kenal dunia jazz instrumental.

Tiket konsert sudah mula dijual menerusi MAISEAT dan Resorts World Genting dengan harga bermula RM258 hingga RM668.
Kalau anda jenis suka konsert yang tak terlalu hectic tetapi masih beri pengalaman premium dan penuh feel, persembahan Kenny G kali ini mungkin patut masuk wishlist Julai nanti.



Comments