top of page

Kenali Dion Wiyoko & Sheila Dara: Gandingan Serasi di Sebalik Sore: Istri dari Masa Depan

  • kaypohmedia
  • 3 days ago
  • 2 min read

Bersiaplah untuk hanyut dalam sebuah kisah cinta yang penuh emosi dan fantasi! Filem Sore: Istri dari Masa Depan akan menemui penonton di pawagam bermula 25 September 2025, membawa kita ke dunia Jonathan dan Sore yang diuji oleh perjalanan waktu.

ree

Namun sebelum itu, mari kita kenali dua wajah utama di sebalik watak ikonik ini: Sheila Dara Aisha dan Dion Wiyoko, pasangan yang sering dianggap gandingan serasi layar perak Indonesia.

ree

Sheila Dara bukanlah nama asing dalam industri hiburan Indonesia. Bermula seawal tahun 2000 sebagai ahli trio Arvaby dan duta McKids, bakatnya berkembang pesat sehingga kini menjadi antara bintang versatil paling menyerlah.


Tahukah anda, Sheila pernah menyanyikan lagu tema kartun popular Crayon Shinchan dan Hamtaro versi Indonesia? Dari dunia muzik, beliau kemudian serius menceburi lakonan melalui filem Romantini (2013).

ree

Namanya semakin kukuh dengan deretan filem seperti:

  • Marmut Merah Jambu (2014)

  • Sabtu Bersama Bapak (2016)

  • Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (2020)

  • Jatuh Cinta Seperti di Film Film (2023)


Hari ini, Sheila Dara dilihat sebagai pelakon yang mampu membawa watak dengan penuh emosi, sekaligus menjadikannya bintang generasi baharu yang relevan dengan zaman.


Memegang watak utama Jonathan dalam Sore: Istri dari Masa Depan, Dion Wiyoko bukan sahaja sekadar pelakon tampan tetapi juga berbakat besar.

ree

Karier seninya bermula sebagai model setelah menjuarai pertandingan Aneka Yess! Wajah Oriental, yang sering dibandingkan dengan Hero Remaja di Malaysia. Namun, lonjakan namanya bermula apabila membawakan watak Yohan dalam filem box-office Cek Toko Sebelah.


Lakonan Dion yang penuh emosi berjaya menobatkannya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Paling Popular di Indonesian Movie Actors Awards, selain menerima lima pencalonan berprestij lain.

ree

Antara filem penting lain lakonannya termasuk:

  • Mimpi Sejuta Dolar (2014)

  • Karier, Cinta dan Timbangan (2019)

  • Jatuh Cinta Seperti di Film Film (2023)


Menariknya, Dion juga mempunyai minat mendalam dalam dunia fotografi. Beberapa hasil karyanya turut dipamerkan dalam Sore: Istri dari Masa Depan, menjadikan filem ini lebih personal buat dirinya.


Sudah beberapa kali digandingkan, Dion dan Sheila berjaya membuktikan keserasian luar biasa mereka. Tidak hairanlah apabila ramai peminat menantikan lakonan mereka dalam Sore: Istri dari Masa Depan.

ree

Filem ini bukan sekadar mengisahkan percintaan, tetapi juga menyelami dilema apabila cinta diuji oleh perjalanan masa. Malah, tayangan awal di Indonesia sudah menerima respon positif, dengan penonton mengaku sanggup menonton berkali-kali.


Apakah yang akan terjadi apabila cinta harus berdepan dengan realiti masa depan? Semua jawapan akan terungkai dalam Sore: Istri dari Masa Depan, bermula 25 September 2025, hanya di pawagam seluruh Malaysia.

Comments


bottom of page