top of page

‘Keluang Man’ Kini Di Astro First, Saksikan Aksi Superhero Malaysia Dengan Hanya RM15

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Filem aksi yang paling hangat diperkatakan tahun ini, Keluang Man, kini boleh distrim menerusi Astro First bermula hari ini.

 

Filem versi live-action adaptasi animasi lagenda ini kini ditayangkan di saluran Astro 480, On Demand, dan juga platform penstriman sooka bermula.

 

Tawaran inimemberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menonton filem ini hanya pada harga RM15 untuk tontonan berulang selama 48 jam.

 

Turut ditawarkan secara eksklusif, ‘Keluang Man – Koleksi Kita Enjoi!’ hadir sebagai pakej istimewa berharga RM49.

 

Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, filem ini adalah permulaan kepada perjalanan baharu untuk genre adiwira di Malaysia.

 

“Kami ingin memastikan cerita superhero original pertama Malaysia ini terus dekat di hati penonton dan dapat dinikmati seisi keluarga dalam suasana santai, pada bila-bila masa,” katanya.

 

Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Amelia Henderson, dan ramai lagi.

 

Turut membuat penampilan khas adalah bintang-bintang seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Wahid dan Azlee Senario, serta Delimawati.

 

Diarahkan oleh Anwari Asharaf dan diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run, Wonda Kopi, dan Pasal Productions, Keluang Man membawakan semangat baharu kepada francais tempatan yang sinonim dengan era 90-an.

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bagaimana Keluang Man bangkit sebagai ikon adiwira Malaysia yang baharu!



Comments


bottom of page