top of page

“Kelabu 2024” Nyanyian Chlypdy Dinobat Lagu Terpaling Platinum Carta Indie Kita

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 4 days ago
  • 1 min read

Lagu “Kelabu 2024” nyanyian kumpulan Chlypdy diumum sebagai penerima Anugerah Lagu Terpaling Platinum Carta Indie Kita (CIK) dalam acara Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie (ALI) 2024 yang berlangsung meriah di JioSpace.

ree

Pengiktirafan ini merupakan satu-satunya anugerah khas yang mengiktiraf lagu paling menyerlah dalam segmen Carta Indie Kita di stesen radio Rakita 107.9, dan terbuka kepada semua lagu yang pernah menduduki tangga tertinggi sebagai “Lagu Terpaling Platinum” sepanjang tahun.


Dalam edisi kali ini, tiga buah lagu telah disenarai pendek iaitu “Matahari” nyanyian Empty Page, “Demi Cinta” oleh Nastia, dan “Kelabu 2024” oleh Chlypdy dengan kumpulan terakhir itu akhirnya diumum sebagai pemenang.

ree

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh vokalis Armpunk Sindicate, Zed, yang juga merupakan pemenang anugerah sama pada tahun lalu.


Lagu itu menerima ganjaran tunai sebanyak RM1,000 sebagai penghargaan kepada kejayaannya di pentas Carta Indie Kita, salah satu platform penting dalam mengetengahkan bakat baharu serta muzik alternatif sejak ia diperkenalkan oleh Rakita 107.9.


Anugerah Lagu Indie 2024 secara keseluruhan terus memperkukuh fungsinya sebagai pentas utama bagi pemuzik bebas menonjolkan bakat dan karya, dengan sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, JioSpace, Honda Motorcycle Malaysia serta pelbagai rakan media strategik.

Comments


bottom of page