Kehadiran Apo Nattawin Di Acara Creed Jadi Tumpuan Peminat
- Atiqah Halim

- Nov 27
- 1 min read
Updated: Dec 2

Apo Nattawin Wattanagitiphat mencuri perhatian peminat tempatan selepas hadir ke Pavilion Kuala Lumpur bagi memeriahkan acara pembukaan butik jenama mewah Creed. Pengumuman ringkas daripada pihak penganjur sudah cukup untuk membuat peminat berkumpul sejak awal petang semata mata mahu melihat bintang Thailand itu secara dekat.
Apo yang terkenal melalui drama Ter Yai Born To Be Bad dan projek terbaharunya Shine 2025, dijangkakan untuk tiba sekitar jam 3.45 petang semalam. Walaupun tak ada liputan penuh daripada media tempatan, kehadirannya sudah disahkan melalui hantaran penganjur dan beberapa pengguna media sosial yang berkongsi poster, teaser dan kemas kini dari lokasi. Semua itu membuktikan Apo memang berada di Kuala Lumpur semalam dan kehadirannya jelas menarik perhatian ramai.

Keterlibatan Apo dalam dunia fesyen turut menguatkan aura penampilannya di acara ini. Selain aktif dengan projek lakonan, aktor berbakat itu sering menjadi pilihan jenama mewah antarabangsa dan pernah dilantik sebagai duta Piaget sejak 2024. Maka tak hairan apabila tampilnya dia di acara Creed terus mencetuskan keterujaan besar dalam kalangan peminat fesyen dan hiburan.
Setakat ini, peminat masih menunggu foto dan rakaman rasmi daripada pihak penganjur. Namun momentum yang tercetus semalam sudah cukup membuktikan kehadiran Apo bukan sekadar penampilan ringkas tetapi satu momen yang ditunggu tunggu oleh komuniti peminatnya di Malaysia.









Comments