top of page

Kata Hati: Bila Pelakon Jatuh Cinta Dengan Driver E-Hailing

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Filem Kata Hati nampaknya bakal jadi antara naskhah romantik komedi tempatan yang paling “relatable” tahun ini. Bukan sekadar kisah cinta biasa, cerita ini bawa kita selami dunia glamor selebriti tapi dari sudut yang jarang kita nampak.


Bayangkan, seorang pelakon wanita popular jatuh cinta dengan pemandu e-hailing. Nampak macam plot ringan, tapi sebenarnya banyak layer yang disentuh dari tekanan hidup selebriti sampai ke soal pilihan hati yang tak selalu ikut logik.


Diterbitkan oleh Wayangworks dan Filmscape, Kata Hati cuba tampil lain sikit. Ia bukan hanya nak buat penonton gelak, tapi dalam masa sama bagi rasa “kena” dekat hati.


Pengarahnya, Nadiah Hamzah, memang sengaja pilih genre romantik komedi kali ini selepas sebelum ini tampil dengan karya yang lebih berat. Kali ini, dia nak bagi penonton pengalaman yang lebih santai tapi tetap ada emosi.


Cerita ini berpusat pada Ayra Natasha lakonan Nia Atasha, seorang pelakon yang sedang naik. Hidup dia nampak sempurna, popular, berjaya, ada pasangan sama industri. Tapi satu insiden viral terus ubah segalanya.


Dalam kekecohan itu, dia bertemu Imran Firdaus (Yusof Hashim), seorang pemandu e-hailing yang langsung tak peduli pasal dunia glamor. Dari situ, bermula satu hubungan yang… jujur, tapi penuh cabaran.


Apa yang buat cerita ni lagi menarik, bila Imran akhirnya jadi pemandu peribadi Ayra. Atas permintaan kakak Ayra sendiri, Maya (Scha Alyahya), yang juga pengurusnya. Dari situ, hubungan mereka jadi makin rapat… dan complicated.


Barisan pelakon pula gabungan muka baharu dan nama besar. Selain Nia, Yusof dan Fazziq Muqris, filem ini turut menampilkan Scha Alyahya, Taqim Zaki dan Norreen Iman. Malah, ada juga kemunculan cameo nama-nama familiar seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Liyana Jasmay.


Menariknya, penerbit melihat Kata Hati sebagai “angin segar” dalam industri yang kebelakangan ini dipenuhi filem aksi dan seram. Kadang-kadang, penonton pun rindu nak layan cerita cinta yang ringan tapi meaningful, kan?


Dari segi vibe, filem ini digambarkan sebagai “modern fairy tale”. Ada elemen romantik, konflik emosi dan momen manis yang mungkin buat penonton senyum sorang-sorang dalam pawagam.


Penggambaran dijalankan sekitar Kuala Lumpur dan Kuantan, jadi visual tempatan pun memang kuat dalam filem ni.


Kata Hati dijadualkan tayang di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026. Kalau anda jenis suka cerita cinta yang tak terlalu cliché tapi masih fun untuk ditonton, ini mungkin boleh masuk dalam watchlist.

Comments


bottom of page