top of page

KAHAR: Kapla High Council Bakal Gegarkan Netflix Bermula 1 Julai 2025

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 2 days ago
  • 1 min read


Satu lagi karya tempatan yang dinanti-nantikan bakal menemui penonton di platform penstriman popular, Netflix. Filem KAHAR: Kapla High Council akan ditayangkan pada 1 Julai 2025. 


Filem ini bakal membawa penonton menyelami dunia penuh misteri, kuasa dan konflik di sebuah sekolah elit yang bernama, Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).


KAHAR: Kapla High Council menampilkan barisan pelakon muda yang berbakat seperti Thompson Goh, Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Khenobu dan Fazziq Muqris. 



Filem ini menjanjikan lakonan mantap yang penuh emosi dan aksi mendebarkan. Dari wajah-wajah yang terpampang dalam poster rasmi, jelas menunjukkan bahawa watak-watak dalam drama ini sarat dengan konflik dalaman, perjuangan kuasa, dan rahsia yang menanti untuk dibongkar.


KAHAR: Kapla High Council berpotensi untuk menjadi fenomena budaya baharu dalam kalangan penonton Malaysia dan antarabangsa. 


Hal ini juga menunjukkan satu lagi bukti bahawa industri hiburan tempatan mampu menghasilkan karya yang berkualiti tinggi dan bertaraf global.


Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini bermula 1 Julai 2025, hanya di Netflix!

Comments


bottom of page