K-Drama Vertikal Tonton Kini Jadi ‘Ketagih’ Baru Penonton
- Tasnim Ahmad
- Apr 1
- 2 min read
Kalau korang jenis suka binge K-Drama tapi tak sempat habiskan episod panjang, ini mungkin penyelamat baru korang. K-Drama vertikal Tonton kini hadir dengan konsep yang lebih ringkas, cepat dan… ya, sangat mudah buat orang ketagih.

Bermula 1 April, Tonton tampil dengan koleksi khas dikenali sebagai Tonton Vertical: K-Daebak iaitu himpunan drama Korea dalam format vertikal dengan durasi hanya sekitar 1 hingga 2 minit setiap episod. Senang cerita, memang ngam untuk layan waktu tunggu Grab, dalam LRT, atau sebelum tidur.
Apa yang menarik, walaupun pendek, jalan cerita tetap padat dengan emosi, konflik dan plot twist yang tak dijangka. Kiranya, sekali tekan play… susah nak berhenti.
Untuk pelancaran awal, ada 9 judul baharu yang terus dilepaskan serentak. Antara yang dijangka jadi kegilaan ramai termasuk The Tyrant’s Bride To-Be, kisah wanita yang terperangkap dalam dunia novel dan cuba ubah nasib sendiri melalui perkahwinan kontrak. Bunyi cliché? Tunggu sampai plot twist dia masuk.
Kalau nak sesuatu yang lebih ringan tapi masih penuh drama, My Guy Friend Is A Chaebol mungkin pilihan selamat. Cerita tentang cinta lama, rahsia besar dan… ya, konflik hati yang complicated. Standard K-Drama, tapi dalam versi express.
Selain itu, ada juga My Partner, The Devil yang bawa tema gelap tentang perjanjian dengan syaitan, dan I Buy, Therefore I Am yang lebih santai dengan dilema cinta di tempat kerja. Untuk vibe rom-com pula, Romance Is Comedy dan Level Up To Mess memang sesuai kalau nak layan tanpa fikir berat.
Tak cukup dengan itu, My Boss My Ex menghidupkan semula cinta lama di pejabat (relatable sangat), manakala I Cheated on My Wife or Did I? pula main dengan misteri dan memori yang hilang. Paling emosional? The Most Painful Kiss In The World iaitu kisah pengorbanan dan cinta yang tak mudah.
Menariknya, selepas minggu pelancaran, Tonton akan keluarkan satu siri baharu setiap minggu. Target mereka? Sampai 60 siri setahun. Maksudnya, memang tak sempat nak bosan.
Untuk yang nak cuba dulu, 10 episod pertama bagi setiap siri boleh ditonton secara percuma. Kalau dah sangkut (besar kemungkinan ya), barulah sambung dengan langganan. Semua siri juga lengkap dengan sarikata BM, English dan Cina, jadi memang mesra semua penonton Malaysia.
Pendek kata, format vertikal ni bukan sekadar trend, tapi mungkin cara baru korang layan drama. Lagi cepat, lagi senang, tapi tetap bagi feel yang sama.
Kalau korang jenis cepat bosan dengan episod panjang, ini masa untuk tukar selera. Tapi hati-hati. Sekali mula, memang susah nak stop.



Comments