"JUMP" Jadi Fenomena, BLACKPINK Terus Kuasai Dunia Muzik Global!
- Ain Najihah
- Jul 22
- 1 min read

BLACKPINK sekali lagi membuktikan kehebatan mereka di pentas muzik global apabila lagu terbaharu mereka berjudul "JUMP" secara rasmi menduduki tangga pertama carta Billboard Global 200.
Bukan itu sahaja, lagu ini turut mencatat kejayaan berganda apabila debut di tempat pertama untuk carta Global Excl. U.S. dan menjadikan pencapaian ini sebagai satu lagi sejarah penting dalam karier mereka.
"JUMP" kini meraih 88 juta tontonan sejak ia dilancarkan dan ini menunjukkan bahawa lagu baru dari BLACKPINK menerima sambutan yang luar biasa daripada peminat global!
Fenomena ini jelas memaparkan bahawa BLACKPINK masih lagi menjadi antara kumpulan K-pop paling dominan di dunia, meskipun persaingan industri semakin sengit.
Kejayaan ini bukan sekadar angka di carta, tetapi satu peringatan bahawa BLACKPINK terus menjadi kuasa besar dalam dunia muzik global.
"JUMP" bukan sahaja membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi, tetapi juga menunjukkan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk berkembang dan melangkaui batas yang ada.
Comments