top of page

Jom Healing Bersama Aziz Harun Sabtu Ini!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 2 days ago
  • 1 min read


Buat para peminat muzik tempatan, khususnya peminat setia Aziz Harun, bersiap sedialah untuk malam yang penuh emosi dan kenangan manis! Aziz Harun bakal mengadakan konsert istimewa yang dinamakan "Check Finale Point" pada Sabtu, 31 Mei 2025 iaitu satu malam yang dijamin akan mengukir memori terindah buat semua yang hadir.


Konsert percuma ini akan berlangsung di EMHUB, Blok A, Rooftop di Kota Damansara sebuah lokasi terbuka yang menjanjikan suasana santai dan pemandangan indah dari atas bumbung.



Pintu akan dibuka seawal 3 petang untuk para peminat yang ingin mendapatkan barangan eksklusif dan tempat duduk terbaik. Persembahan pula akan bermula tepat jam 5 petang.


Apa yang lebih menarik, para pengunjung digalakkan untuk membawa "kerusi healing” masing-masing untuk menambahkan lagi elemen santai dalam acara ini.


Bagi yang ingin merasai lebih banyak kejutan, ada peluang untuk memenangi barangan eksklusif Check Finale Point yang pastinya akan menjadi rebutan ramai!


Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang penuh magis ini. Bagi mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh layari media sosial @azizharun212 .


Comments


bottom of page