Jisoo Blackpink Teroka Cinta Maya dan Realiti dalam Trailer “Boyfriend on Demand”
- Tasnim Ahmad
- Feb 26
- 1 min read
Kalau korang peminat Jisoo Blackpink, bersiaplah! Netflix baru je keluarkan trailer untuk siri komedi romantik Korea terbaru, “Boyfriend on Demand”, dan Jisoo langsung mencuri tumpuan sebagai watak utama, Mi-rae.

Dalam siri ni, Mi-rae ialah penerbit webtoon yang bosan dengan rutin harian. Untuk hilangkan stress, dia masuk program janji temu maya berasaskan langganan. Konsepnya macam ‘teman lelaki ikut citarasa korang’. Trailer bagi kita pandangan jelas tentang gabungan dunia maya yang penuh fantasi dan realiti yang serba tidak sempurna.
Menariknya, selain menjelajah janji temu maya, Mi-rae juga mula rapat dengan Kyeong-nam lakonan Seo In-guk. Hubungan mereka slow-burn gitu, dari rakan sekerja lebih masa kepada chemistry yang perlahan-lahan mencairkan definisi lelaki sempurna Mi-rae. Memang style Korea yang sweet tapi tak over!
Kim Jung-sik membawa Jisoo untuk tunjuk pelbagai sisi pesonanya. Setiap janji temu maya direka supaya karakter Mi-rae nampak berbeza dalam dunia fantasi berbanding realiti. Jadi, penonton akan dapat tengok Jisoo versatile habis! Sweet, kelakar, dan sedikit manja bila perlu.
Siri ni juga sangat meriah dengan barisan “teman lelaki maya” iaitu Seo Kang-jun, Lee Soo-hyuk, Ong Seong-wu, Lee Jae-wook, Lee Hyun-wook, Jay Park, Kim Young-dae dan Lee Sang-yi. Semua ada vibe romantik tersendiri. Ha Young dan Yoo In-na pun join bagi lengkapkan drama cinta Mi-rae.
Kalau korang dah tak sabar, tandakan kalendar: 6 Mac nanti, “Boyfriend on Demand” akan mula ditayangkan di Netflix. Bersedia untuk chemistry slow-burn, gelak comel, dan cinta maya yang terasa dekat dengan realiti!
Trailer:







Comments