top of page

Janji 1 Minit Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure, Lebih Eksklusif Dari Meet & Greet Biasa

  • kaypohmedia
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Berbeza dengan acara meet & greet biasa yang lazim diadakan, Astro memperkenalkan pengalaman unik “Janji 1 Minit” menerusi drama fenomena Thariq Ridzuwan: His Treasure, yang memberi peluang peminat berinteraksi satu lawan satu bersama pelakon kegemaran mereka.


ree

Acara Hello Inilah KITA yang berlangsung pada 23 Ogos 2025 di Pavilion Kuala Lumpur menyaksikan 15 peminat bertuah dipilih untuk sesi pertemuan eksklusif dengan sembilan pelakon utama, antaranya Meerqeen, Qasrina Karim, Evertt Gomes dan Noki K-Clique.


Setiap peminat diberi masa 60 saat penuh untuk berbual, bertanya soalan, atau sekadar berkongsi perasaan secara lebih peribadi. Konsep ini menjadikan pengalaman lebih intim dan bermakna berbanding sesi temu mesra konvensional.



Acara berakhir dengan laungan ikrar “JANJI!” bersama pelakon dan peminat. Kata kunci ini menjadi simbolik kepada tema drama yang penuh konflik dan emosi, selain melambangkan sokongan erat peminat terhadap karya tempatan.


Selain acara fizikal, peminat turut berpeluang menyertai permainan interaktif melalui laman rasmi janjiuntukradwa.astro.com.my.


Dalam permainan itu, peminat boleh memainkan watak Holy Dragon untuk menentang Farez demi menyelamatkan Radwa. Jika jumlah permainan mencapai tahap tertentu, akses kepada video eksklusif yang belum pernah ditayangkan akan dibuka untuk semua peminat.


ree

Di platform sama, peminat juga boleh menulis surat kepada pelakon utama, khususnya Holy Dragon, bagi menyampaikan kata semangat dan sokongan.


Diadaptasi daripada novel popular, Thariq Ridzuwan: His Treasure terus mengekalkan fenomenanya dengan gabungan jalan cerita dramatik dan pengalaman interaktif baharu.


Dengan hanya enam episod terakhir yang tinggal, penonton boleh mengikuti kesudahannya setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) atau strim secara eksklusif melalui Astro GO dan sooka.

Comments


bottom of page