top of page

Jangan Henti: Kolaborasi Bersejarah Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri & Syamel

  • Writer: N
    N
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Industri muzik tanah air kembali meriah dengan kelahiran sebuah karya yang cukup istimewa. Empat vokal hebat Malaysia Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri dan Syamel bergabung dalam sebuah single berjudul Jangan Henti, ciptaan penuh Edry Abdul Halim.

ree

Mengangkat mesej mengenai keteguhan, kasih sayang dan semangat untuk terus melangkah ke hadapan, Jangan Hentibukan sekadar lagu, tetapi satu legasi muzik lintas generasi.


Bagi Ziana Zain, peluang berkarya bersama adik dan anak saudaranya dianggap detik paling berharga dalam karier seninya.

ree
“Alhamdulillah, projek ini ibarat mimpi menjadi kenyataan. Dua generasi bergabung dengan suara berbeza, tetapi bila disatukan ia menjadi harmoni. Apa yang lebih bermakna ialah kami dapat berkumpul sebagai keluarga. Lagu ini bakal jadi legasi untuk generasi muda,” kata Ziana.

Sementara itu, Anuar Zain menekankan mesej kasih sayang dan empati yang menjadi inti pati lagu ini.

ree
“Jangan henti menyayangi, mengasihi dan mencintai orang yang anda sayangi. Hidup perlu penuh empati, simpati dan sentiasa membantu yang memerlukan,” jelasnya.
ree

Ernie Zakri meluahkan rasa terharu apabila dapat bergabung suara dengan keluarga yang telah lama menjadi inspirasinya.


“Saya membesar melihat keluarga saya menyanyi, dan kini dapat bersama mereka dalam satu lagu adalah momen yang sangat membahagiakan. Jangan henti menyanyi, jangan henti memberi kasih sayang,” ujar Ernie.

Bagi Syamel, pengalaman bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Anuar dan Ziana membuka ruang pembelajaran yang sangat berharga.

ree
“Kami semua ada karakter vokal berbeza, tetapi Edry susun dengan seimbang. Saya rasa bertuah dan bangga jadi sebahagian daripada projek ini,” katanya.


Dengan gabungan empat suara emas, Jangan Henti dijangka menjadi salah satu kolaborasi paling bermakna dalam sejarah muzik Malaysia. Lagu ini sudah rasmi dilancarkan pada 26 September dan kini boleh didengar di semua platform digital.


Jangan Henti bukan sekadar sebuah lagu, tetapi simbol cinta, perjuangan dan legasi seni keluarga yang akan terus hidup dalam hati peminat muzik tanah air.

Comments


bottom of page