top of page

Isu ‘Bin’ Anak Jadi Perhatian Dalam Khianat Yang Terpilih

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Apr 6
  • 2 min read

Drama Khianat Yang Terpilih sekali lagi buat penonton melekat depan skrin. Kali ini bukan sekadar konflik cinta, tapi masuk bab hukum hakam yang buat ramai berfikir panjang. Isu paling hangat? Status ‘bin’ anak hasil hubungan terlarang antara Asmida dan Ali.


Kalau korang follow drama ni, mesti tahu watak Asmida (lakonan Puteri Aishah) hamil walaupun dia dan Ali (Ben Amir) masing-masing masih ada pasangan. Jalan cerita ni terus trigger persoalan netizen, anak tu nanti ‘bin’ siapa? Perlu ke bercerai? Dan apa sebenarnya hukum dalam situasi macam ni?


Bila topik jadi makin panas dekat media sosial, seorang ustaz, Jafri Abu Bakar, tampil beri penjelasan dari sudut agama. Menurut beliau, dalam Islam, penentuan nasab anak bergantung kepada status perkahwinan wanita ketika mengandung.


Secara asasnya, kalau seorang wanita masih mempunyai suami, anak yang dilahirkan akan dinasabkan kepada suaminya. Ini berdasarkan kaedah yang sering disebut sebagai “anak itu milik pemilik hamparan”. Maksudnya, lelaki yang mempunyai akad sah dengan wanita tersebut.


Tapi, bukan semua kes straight forward macam tu. Kalau si suami yakin anak tersebut bukan daripada benihnya, dia boleh menafikan nasab melalui proses yang dipanggil li’an. Proses ini melibatkan sumpah laknat di hadapan hakim atau qadhi dan once berlaku, pasangan tersebut akan berpisah buat selama-lamanya.


Menariknya, ustaz tersebut juga tekankan satu perkara yang ramai mungkin salah faham dimana ujian DNA sahaja tak cukup untuk tentukan atau nafikan nasab dalam hukum syarak. Penentuan tetap perlu melalui akad perkahwinan, manakala penafian pula melalui proses li’an.


Isu yang dibawa dalam drama ni memang sensitif, tapi inilah yang buat ramai penonton rasa dekat dengan realiti. Bukan sekadar hiburan, tapi ada juga elemen pendidikan yang buat kita fikir tentang hukum dan implikasi sebenar dalam kehidupan.


Dengan episod akhir yang makin hampir, nampaknya Khianat Yang Terpilih tak habis-habis bagi plot twist yang buat orang berbincang. Lagi-lagi bila topik berat macam ni diangkat, confirm akan terus jadi bahan sembang netizen.


Kalau korang jenis suka drama yang bukan sekadar cinta klise, tapi ada layer isu kehidupan sebenar, ini memang antara yang wajib follow sampai habis.

Comments


bottom of page