iQIYI Umum Drama Melayu 2026, C-Drama Makin Popular
- Tasnim Ahmad
- Apr 7
- 2 min read
Updated: 7 days ago
Kalau korang perasan, sekarang ni iQIYI Malaysia makin agresif dengan kandungan tempatan dan dalam masa sama, C-drama pun makin jadi kegilaan ramai. Baru-baru ni, platform penstriman tu buat acara Raya khas dan umum sesuatu yang boleh buat
peminat drama excited: barisan drama Melayu original 2026.

Acara yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri tu bukan sekadar gathering biasa. Ramai artis tempatan, pemain industri, dan juga wakil kerajaan hadir. Ia menunjukkan betapa seriusnya iQIYI nak terus berkembang dalam industri hiburan Malaysia.
Apa yang lagi menarik, ini bukan sekadar cakap kosong. Diorang memang tengah invest besar dalam content tempatan.
Untuk tahun 2026, iQIYI dah sediakan lima drama Melayu original dengan genre yang berbeza. Dari kisah keluarga sampai ke cinta dan saspens. Antara tajuk yang diumumkan termasuk Dua Nyawa, Madu Atau Racun, Ceraikan Aku Sekali Lagi, Sekali Lagi, Bahagia dan Griya. Nampak macam line-up yang boleh tarik pelbagai jenis penonton.
Sejak 2020 lagi sebenarnya iQIYI dah mula masuk dalam produksi tempatan. Dari sekadar beli hak siaran, sekarang diorang dah jadi antara pelabur aktif dalam industri. Beberapa drama sebelum ni macam Rampas Cintaku hingga Senyawa pun dah berjaya tarik perhatian penonton.
Dalam masa yang sama, diorang juga bekerjasama dengan pemain industri tempatan termasuk stesen penyiaran untuk pastikan kandungan Malaysia terus berkembang.
Menariknya, bukan drama Melayu je yang naik tapi C-drama pun tengah meletup di Malaysia sekarang. Menurut data yang dikongsi, tontonan drama Cina dengan sarikata Bahasa Melayu meningkat dua kali ganda. Maksudnya, makin ramai rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang mula layan genre ni.
Kesimpulannya, persaingan platform streaming memang makin sengit sekarang. Tapi dengan kombinasi drama Melayu original dan C-drama yang semakin popular, iQIYI nampaknya ada strategi yang agak solid untuk tarik penonton Malaysia. Tinggal kita je, nak binge yang mana dulu?







Comments