top of page

INFINITY VIBES FEST 2025: Festival Kopi, Dessert & Muzik Paling ‘Vibes’ di MAEPS Serdang!

  • Writer: N
    N
  • 1 day ago
  • 1 min read

Bersedia untuk satu pengalaman gaya hidup penuh energi! Infinity Love Creative Ventures bersama Runfinity Asia Events bakal mempersembahkan INFINITY VIBES FEST 2025, festival unik yang menggabungkan kopi, dessert, dan muzik dalam satu hari penuh “good vibes” di Dataran MAEPS Serdang pada 13 Disember 2025 (Sabtu).

ree

Festival ini bukan sekadar tempat untuk minum kopi dan dengar muzik ia adalah perayaan budaya kopi, kecergasan, dan komuniti, dengan dua aktiviti utama: Coffee & Dessert Run pada waktu pagi, dan Konsert Malam yang dijamin menggamatkan suasana!


Mulakan hari anda dengan larian santai sejauh 5KM atau fun walk 3KM sambil menikmati aroma kopi segar dan pencuci mulut manis di garisan penamat.

  • Fun Run 5KM Dewasa – RM79

  • Fun Walk 3KM Dewasa – SOLD OUT!

  • Fun Walk 3KM Kanak-kanak – SOLD OUT!


ree

Setiap peserta akan menerima baju rasmi, medal eksklusif, dan redemption kopi & dessert sebab siapa kata larian tak boleh jadi manis?

Pendaftaran kini dibuka di www.runfinityasia.com


Apabila matahari terbenam, masa untuk turn up the vibes! Nikmati persembahan DJ tempatan dengan tiket berharga hanya RM80.Satu malam yang menjanjikan muzik, komuniti, dan mood chill selepas pagi yang aktif.

“Infinity Vibes Fest ialah pengalaman seharian bermula dengan larian santai, diakhiri dengan muzik dan komuniti. Bukan sekadar acara, tetapi gaya hidup,” kata wakil penganjur.


Festival ini juga akan menghimpunkan lebih 80 vendor, termasuk:

  • Jenama kopi tempatan terbaik

  • Pencuci mulut artisenal

  • Street food dan pelbagai sajian ringan


Kalau anda pencinta kopi, penggemar dessert, atau sekadar nak lepak dengan geng hujung minggu Infinity Vibes Fest 2025 wajib ada dalam kalendar anda!


Infinity Vibes Fest 2025 bukan sekadar festival ia adalah gaya hidup baharu yang meraikan kecergasan, muzik, dan rasa manis kehidupan.Jadi, tandakan tarikh 13 Disember 2025 dan bersiap untuk #RunSipVibe di MAEPS Serdang!

Comments


bottom of page