Hype Republic Festival Umumkan Line Up Padu Turun 13 Disember Ini
- Atiqah Halim

- 10 hours ago
- 2 min read

Scene muzik Malaysia tengah naik gila gila dan Hype Republic Festival terus masuk line sebagai bukti paling solid. Festival yang bakal berlangsung pada 13 Disember di National Hockey Stadium Bukit Jalil ini tampil berani dengan konsep bakat lokal 100 peratus yang memang buat ramai teruja.
Poster rasmi yang baru dropped menunjukkan barisan artis Malaysia yang tengah peak sekarang. Semua muka muka yang conquer TikTok, radio dan pentas live berkumpul bawah satu festival. Ini bukan gig biasa, ini tempat artis lokal tunjuk siapa sebenarnya penggerak muzik negara.
Harga tiket pun range dari RM98 untuk General Admission sampai RM308 untuk VIP Seats. Lepas tu ada Hype Zone RM158, Cat 1 Zone RM208 dan Cat 2 Zone RM148. Pilih ikut vibe, janji dapat masuk dan layan suasana festival yang akan jadi pengalaman paling hype yang pernah dibuat oleh penganjur DM Diamond.

Bukan setakat konsert, Hype Republic Festival juga akan ada Dance dan Rap Battle yang kasi peluang pelapis baru tunjuk skill di depan crowd besar. Siapa menang bawa balik hadiah dan juga memori yang tak akan dilupakan. Turut ada Food Fest yang lineup vendor makanannya confirm buat perut dan mood happy sepanjang event.
Interactive Zone pun disediakan dengan freebies dari penaja. Senang cakap, lepak sini memang tak ada masa nak bosan. Festival ni bukan sekadar show, tapi satu pengalaman full package untuk peminat budaya muzik Malaysia.

Yang buat festival ini jadi topik trending adalah pemilihan artis lokal sepenuhnya tanpa bintang luar. Ramai netizen puji langkah ini sebab industri muzik Malaysia sebenarnya kaya dengan bakat. Tinggal nak bagi pentas yang betul. Hype Republic nampaknya pilih untuk jadi game changer.
Dengan line up yang nampak solid dan konsep yang fresh, tak hairan kalau tiket habis cepat. Penganjur pun siap cakap ini ultimate concert experience yang korang tak pernah pergi sebelum ini.
Jadi kalau nak jadi sebahagian daripada crowd yang bakal hype gila nanti, korang kena gerak cepat. Link tiket sudah ada di bio Instagram mereka.
Malaysia ready untuk gegar pentas sendiri. Hype Republic ready, korang ready ke belum?









Comments