HUNTR/X & Saja Boys Fan Gathering: Masa untuk Seal the Honmoon di Petaling Jaya!
- kaypohmedia
- 17 minutes ago
- 1 min read
Peminat setia HUNTR/X dan Saja Boys, inilah masanya untuk anda bersatu dan seal the honmoon dalam satu acara peminat yang eksklusif – KPOP DEMON HUNTERS Fan Gathering!

Acara istimewa ini akan berlangsung pada Sabtu, 19 Julai, dari jam 11 pagi hingga 2 petang, bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Ia menjanjikan pengalaman unik bersama komuniti peminat K-pop tempatan yang semakin aktif dan penuh semangat.
Lebih menarik, para hadirin berpeluang menikmati jamuan ringan dan membawa pulang beg goodies eksklusif! Ini bukan sekadar perjumpaan biasa, ini adalah peluang anda untuk menyelami dunia K-pop animasi yang semakin mendapat tempat di hati peminat Malaysia.
Untuk menyertai, anda hanya perlu ke pautan di bio Instagram @KPOPDEMONHUNTERSMY dan hantar penyertaan anda. Tapi cepat — tarikh tutup penyertaan ialah 16 Julai!
Siapa tahu, anda mungkin antara yang bertuah untuk menerima jemputan eksklusif ini dan menjadi sebahagian daripada gathering paling dinanti bulan ini.
Comentários