top of page

Hujan Persembahkan “Demi Lencana Di Dada” Buat Kali Pertama di Stadium Bukit Jalil Malam Ini!

  • Writer: N
    N
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Warner Music Malaysia (WMM) telah melancarkan lagu rasmi baharu Harimau Malaya berjudul “Demi Lencana Di Dada”, yang dinyanyikan oleh kumpulan muzik terkenal tanah air, Hujan.

ree

Inisiatif ini hadir bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dan patriotisme bukan sahaja untuk para pemain, tetapi juga seluruh penyokong bola sepak negara.


Lagu ini diperdengarkan buat kali pertama kepada umum di Stadium Nasional Bukit Jalil, bersempena perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Singapura. Ia turut akan dimainkan pada aksi seterusnya ketika Harimau Malaya menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 8 September 2025.


Mulai 5 September 2025, peminat boleh mendengarkan lagu ini di semua platform digital. Bagi yang ingin menghayati bait-bait lirik penuh, video lirik rasmi turut disiarkan menerusi saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Vokalis Hujan, Noh Salleh, menyatakan bahawa projek ini telah dirancang sejak Februari lalu dengan fokus kepada kualiti muzik dan mesej yang ingin disampaikan.


“Apabila kami menyanyikan lagu ini, ia bukan sekadar melodi tetapi semangat yang menyatukan seluruh negara di belakang pasukan kebanggaan kita,” kata Noh.

Dengan pelancaran “Demi Lencana Di Dada”, diharapkan semangat juang Harimau Malaya terus berkobar, seiring dengan sokongan padu rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri teguh di belakang skuad kebangsaan.

Comments


bottom of page