top of page

Hindia Bawa “Doves, ’25 Experience” Ke Kuala Lumpur 22 Ogos Ini

  • Writer: N
    N
  • 3 minutes ago
  • 2 min read

Peminat Hindia di Malaysia nampaknya boleh mula ready dari sekarang sebab showcase “Doves, ’25 Experience” akhirnya bakal singgah ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2026. Persembahan khas yang akan berlangsung di Mega Star Arena ini dijangka jadi antara event muzik Indonesia paling ditunggu tahun depan, khususnya untuk peminat yang dah lama nak rasa sendiri pengalaman live Hindia secara penuh.


Showcase ini merupakan kesinambungan kepada siri persembahan “Doves” yang pernah dipersembahkan sebelum ini, tetapi kali ini hadir dengan konsep yang lebih besar dan immersive. Menurut pihak penganjur, “Doves, ’25 Experience” akan menampilkan penambahan setlist lagu serta susunan pentas baharu yang diinspirasikan daripada pelbagai persembahan live Hindia sepanjang tahun lalu.

Kalau anda pernah tengok video konsert Hindia dekat media sosial, anda mungkin tahu kenapa showcase ini sering diperkatakan peminat. Atmosfera crowd, susunan visual dan cara Hindia connect dengan penonton memang antara faktor yang buat ramai anggap persembahannya lebih daripada sekadar gig biasa.


Menariknya, showcase ini juga memberi peluang kepada peminat di Malaysia yang sebelum ini terlepas pengalaman “Doves” untuk menikmati keseluruhan vibe tersebut dalam satu malam. Jadi memang sesuai untuk hardcore fans mahupun mereka yang baru nak kenal muzik Hindia.


Tiket untuk “Doves, ’25 Experience” akan mula dijual pada 22 Mei 2026 menerusi platform Ticket2U. Harga tiket pula dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk standing, seating dan pakej VIP.


Untuk kategori biasa, tiket bermula dari RM178 hingga RM258. Manakala pakej VIP pula ditawarkan pada harga RM698 untuk VIP Standing dan RM758 bagi VIP Seating.


Apa yang buat pakej VIP ini menarik semestinya manfaat eksklusif yang ditawarkan. Antaranya termasuk early entry, merchandise khas dan production tour bersama Hindia sendiri. Bagi pemegang tiket VIP Standing pula, mereka akan jadi antara individu terawal memasuki ruang showcase untuk secure spot paling best dekat depan pentas.

Dengan populariti Hindia yang semakin kuat dalam kalangan peminat muzik Nusantara, tak mustahil showcase ini akan jadi antara event yang cepat sold out nanti. Jadi kalau anda memang plan nak pergi, mungkin kena standby awal masa jualan tiket dibuka nanti.


Untuk peminat muzik alternatif dan indie-pop Indonesia dekat Malaysia, Ogos 2026 nampaknya bakal jadi bulan yang menarik.

Comments


bottom of page