top of page

Harry Potter Terbitan HBO Kini Rasmi Dalam Penggambaran!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Peminat dunia sihir kini boleh mula menghitung hari! Harry Potter terbitan HBO akhirnya telah memulakan penggambaran, sekali gus menandakan permulaan era baharu bagi kisah ikonik yang telah memikat hati jutaan peminat

 

Menerusi hantaran rasmi di akaun Instagram harrypotter dan hbomax, gambar pertama dari set penggambaran telah dikongsi.

 

Hantaran berkenaan memaparkan seorang pelakon cilik berpakaian seragam Hogwarts sambil memegang papan klip bertulis “Harry Potter, Episode 101”.

 

Foto tersebut disertakan kapsyen ringkas namun penuh makna “First-years, step forward”.

 

Diarahkan oleh Mark Mylod siri ini bakal memberi nafas baharu kepada keseluruhan naratif novel J.K. Rowling.

 

Tarikh tayangan rasmi masih belum diumumkan, namun dengan produksi kini bermula, pengumuman lanjut pasti akan menyusul dalam masa terdekat.

 

Satu yang pasti, dunia sihir kini sedang dihidupkan semula dan generasi baru penyihir bakal menawan hati penonton seluruh dunia.



Comments


bottom of page