top of page

Hariz Fayahet Terus Unggul! Raih Markah Tertinggi Minggu Ke-5 Raise The Star Malaysia

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jul 21
  • 1 min read
ree

Saingan semakin sengit dalam Raise The Star Malaysia apabila peserta Hariz Fayahet berjaya mendahului carta minggu ke-5 dengan markah tertinggi iaitu 70.76% menerusi persembahan bertenaga.

 

Mengangkat tema “Switch Mode 360”, para peserta dicabar keluar dari zon selesa mereka dengan menyampaikan lagu-lagu yang berbeza dari segi genre, tempo, gaya serta bahasa.

 

ree

Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang oleh Didie Shazry dengan markah 70.38% dan Zury dengan markah 69.87%.

 

Antara peserta lain yang turut mencuri perhatian ialah Pasya (67.43%), Sharee Lopes (64.81%) dan Melinda Dadew (64.00%).

 

ree

Tiga peserta yang berada di kedudukan tercorot minggu ini ialah Scha Nuril sebanyak (55.84%), Max Brandon (54.82%), dan Rayme (58.20%).


Namun mereka boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada minggu kelima ini.

 

ree

Teruskan menonton Raise The Star Malaysia dan jangan lupa mengundi bintang kegemaran anda!


ree


Comments


bottom of page