top of page

Hannah Delisha Umum Projek Istimewa Bersama Batas Senja!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Selebriti popular, Hannah Delisha mengumumkan satu kolaborasi yang cukup dinanti-nantikan menerusi Instagram miliknya, mencetuskan keterujaan ramai peminat. 


Menerusi satu hantaran video yang disertakan kapsyen penuh emosi, beliau berkongsi rasa tidak percaya dengan projek istimewa ini yang akhirnya menjadi kenyataan.



Kolaborasi tersebut merupakan versi sinematik untuk karya bertajuk "Nanti Kita Seperti Ini", hasil kerjasama istimewa antara Hannah Delisha dan @batassenjaofficial


Menurut Hannah Delisha, kolaborasi ini menjanjikan sesuatu yang istimewa dan akan menyentuh jiwa pendengar.


“It’s gonna be a beautiful one, I promise.”

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan karya ini. Nantikan tayangannya dan saksikan sendiri magisnya pada 27 Jun 2025!

Comments


bottom of page