Hadiah Harley Davidson Dan Insurans Etiqa Menanti Peminat Bertuah Di Konsert DATO’ M. NASIR CIPTA 3
- kaypohmedia
- 7 hours ago
- 1 min read
Axiata Arena Kuala Lumpur sekali lagi bakal bergema dengan sorakan peminat legenda seni tanah air apabila Konsert DATO’ M. NASIR CIPTA 3 diumumkan berlangsung pada 27 September 2025. Konsert mega ini menandakan penutup trilogi konsert "CIPTA", dan kali ini, ia hadir dengan kelainan lebih mantap konsep rock habis-habisan!

Berkonsepkan “Malam Ini Gua Rock”, persembahan kali ini bakal menyaksikan Dato’ M. Nasir mempersembahkan barisan lagu-lagu rock ikonik ciptaan dan nyanyian beliau sendiri. Dari yang menggugah jiwa hingga yang membangkitkan semangat, malam itu dijanjikan penuh emosi dan nostalgia buat semua peminat muzik tanah air.
Penganjuran konsert ini turut dimantapkan dengan sokongan padu daripada Etiqa sebagai rakan strategik utama, serta Harley-Davidson sebagai rakan kerjasama. Lebih menarik, satu motosikal Harley-Davidson model Softail STD FXST bernilai RM114,000 bersama insurans Etiqa bakal dihadiahkan kepada seorang penonton bertuah yang membeli tiket menjadikannya hadiah paling gempak dalam sejarah konsert tempatan!

Menurut Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, “Yang penting, pemenang dipilih hanya dari kalangan pembeli tiket, tidak kira dari kategori mana.” Peminat yang ingin mencuba nasib perlu mendapatkan tiket lebih awal, dan melalui aplikasi Etiqa ko+, akses pra-jualan eksklusif dibuka bermula 3 Julai 2025 selama 24 jam.
CEO Kumpulan Etiqa, Kamaludin Ahmad, menyatakan keterujaan mereka dalam menjadikan konsert ini sebagai pengalaman digital interaktif. Pelbagai kempen menarik bakal diumumkan menerusi laman sosial Etiqa di mana peminat berpeluang memenangi tiket secara percuma.
Peminat juga digalakkan hadir dengan tema “Rock Cara Lu…Janji Rock!” sebagai satu bentuk ekspresi diri dan penghormatan terhadap muzik rock yang membesarkan ramai generasi.
Comments