Give Me Your Forever Jadi Lagu Cinta Bella & Syed Saddiq
- Tasnim Ahmad
- Apr 7
- 2 min read
Kalau korang aktif di media sosial sekarang, mesti perasan “Give Me Your Forever” tiba-tiba jadi sebutan ramai. Lagu nyanyian Zack Tabudlo ini bukan sekadar lagu cinta biasa, tapi kini dikaitkan dengan momen pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang tengah hangat diperkatakan.
Momen pertunangan mereka memang already sweet, tapi bila dipadankan dengan lagu ni terus rasa macam scene drama romantik versi real life.
Zack Tabudlo bukan nama asing dalam dunia muzik Asia. Penyanyi dari Filipina ni pernah meletup dengan lagu “Binibini” yang mendominasi carta Spotify, siap muncul di papan iklan Times Square lagi. Lepas tu, dia terus kukuhkan nama dengan album Episode yang menampilkan lagu-lagu hits macam “Habang Buhay” dan “Give Me Your Forever.”
Tapi kalau ikut cerita throwback sikit, sebenarnya Bella Astillah dah pernah ‘bersentuhan’ dengan karya Zack sebelum ni. Sekitar tiga tahun lalu, Bella pernah buat cover lagu “Pano” yang juga antara lagu paling popular Zack. Kiranya macam ada ‘connection’ awal lah sebelum lagu lain pula jadi soundtrack hidup dia sekarang.
Fast forward ke hari ini, “Give Me Your Forever” tiba-tiba naik balik dan kali ni bukan sebab chart semata. Lagu ni jadi latar belakang video pertunangan Bella dan Syed Saddiq, buat ramai peminat rasa lagi ‘terbawa emosi’.
Yang lagi mencuri perhatian, Zack Tabudlo sendiri sempat tinggalkan ucapan tahniah kepada pasangan ni di media sosial. Simple gesture, tapi cukup buat peminat lagi excited. Macam restu dari tuan lagu sendiri, gitu.

Dalam masa sama, lagu ni juga makin viral bila ramai jumpa balik melalui video Syed Saddiq, ditambah pula dengan versi parodi yang mula berlegar di media sosial. Biasalah, bila sesuatu tu relatable dan romantik, memang cepat jadi trend.
Tak mustahil lepas ni, “Give Me Your Forever” akan terus jadi lagu ‘signature’ untuk kisah cinta mereka dan mungkin juga pilihan ramai untuk momen special masing-masing.
Akhir kata, kalau korang tengah cari lagu untuk layan perasaan atau nak dedicate kat someone special… yang ni memang on repeat material.







Comments