top of page

Gegar Vaganza 12 (GV12) Kembali 2 November Ini Dengan Dunia Baharu “GV-Verse”, Barisan Peserta Lebih Legend Dari Malaysia, Indonesia & Singapura!

  • Writer: N
    N
  • 13 minutes ago
  • 2 min read
ree

Saban tahun, Gegar Vaganza menjadi antara program realiti paling dinanti peminat muzik tanah air. Kini, Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) kembali dengan konsep eksklusif “GV-Verse”, membawa penonton ke sebuah dimensi baharu yang meraikan keunikan, aura dan legasi bintang-bintang hebat serantau.


Program ini akan mula bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam bermula 2 November 2025 secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan turut boleh distrim melalui Astro GO serta sooka.


Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Raqim Ahmad, GV12 bukan sekadar pertandingan nyanyian, tetapi satu “universe muzik” yang menggabungkan nostalgia dan pembaharuan.

ree
“Tahun ini, kami mengangkat legasi tersebut ke tahap yang lebih tinggi menerusi GV-Verse — dimensi baharu yang meraikan kehebatan bakat serantau. Setiap peserta membawa kisah dan semangat tersendiri,” ujar beliau.


Musim kali ini menampilkan 13 peserta solo dan berkumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, yang bakal mencipta magis di pentas GV-Verse.


Malaysia: Dato’ Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam, Nubhan, dan duo Freshies (Ejie & Shima).

Indonesia: Shae, Ruri Repvblik, dan trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana).

Singapura: Iskandar Ismail — penyanyi karismatik dengan vokal yang tidak pernah menghampakan.

ree

Menariknya, musim ini turut memperkenalkan SHY8 sebagai peserta wildcard, menjanjikan sentuhan misteri dan kejutan tersendiri di pentas GV-Verse.


Menjadi nadi utama rancangan ini ialah duo pengacara serasi Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, yang bakal terus menghidupkan suasana setiap minggu dengan jenaka dan spontaniti mereka.

Barisan juri kekal gah dengan tiga nama besar industri muzik serantau:

  • Dato’ Ramli MS

  • Hetty Koes Endang

  • Datuk Syafinaz Selamat


Mereka akan memberikan penilaian 100% berdasarkan kepakaran dan ketelusan terhadap setiap persembahan.


Juara Gegar Vaganza 12 akan membawa pulang RM100,000, manakala naib juara menerima RM50,000. Tempat ketiga hingga keenam pula bakal membawa pulang hadiah tunai antara RM10,000 hingga RM30,000.

Musim ini lebih rancak dengan CelcomDigi sebagai Penaja Utama, bersama HONOR sebagai Telefon Pintar Rasmi, serta Adabi dan Uphamol sebagai Penaja Bersama.


Tonton Gegar Vaganza 12 setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104), atau strim di Astro GO dan sooka.Langgan Pek Astro One dari RM49.99/sebulan atau tingkatkan pengalaman penstriman dengan Astro Fibre 500Mbps + Pek Hiburan hanya RM139.99/sebulan.


Dengan konsep GV-Verse, barisan peserta serantau dan juri tersohor, Gegar Vaganza 12 dijangka menjadi musim paling epik dalam sejarah penganjurannya. Dunia muzik lama dan baharu kini bertemu di satu pentas membentuk semesta GV12 yang penuh emosi, nostalgia dan keajaiban suara.

Comments


bottom of page