Gayong 2: Beto Kusyairy Kembali Jadi Cikgu Meor, Lebih Padu & Sarat Emosi
- Tasnim Ahmad
- 9 hours ago
- 1 min read
Kalau korang peminat filem aksi tempatan, Gayong 2 memang antara yang wajib masuk watchlist. Kali ini, Beto Kusyairy kembali sebagai Cikgu Meor, watak yang dah sinonim dengan kekuatan, prinsip dan maruah dalam dunia persilatan.

Apa yang lagi menarik? Versi kali ini nampak lebih matang. Bukan sekadar aksi, tapi penuh emosi dan konflik yang buat penonton rasa ‘dekat’.
Cikgu Meor masih dengan latar belakang sebagai pengamal silat dari Taiping yang berhijrah ke Singapura dan berkhidmat dalam pasukan polis. Tapi dalam Gayong 2, perjalanan watak ni nampak lebih berat, lebih banyak cabaran dan lebih banyak pertarungan dalaman.
Tak datang seorang, Beto turut ditemani barisan pelakon mantap. Nabila Huda tampil dengan emosi yang lebih intens, manakala Syafie Naswip membawa sisi jujur yang buat cerita lebih seimbang.

Yang best, filem ni juga perkenalkan wajah-wajah baru macam Sandra Lim, Fauzi Laily dan Bobby Tonelli. Kehadiran mereka bukan sekadar cameo kosong, tapi betul-betul bagi warna baru dalam jalan cerita.
Di bawah arahan Faisal Ishak, Gayong 2 bukan hanya fokus pada aksi semata. Ia juga menyentuh tentang warisan, maruah dan perjuangan. Ianya sesuatu yang dekat dengan jiwa masyarakat kita, especially bila masuk musim perayaan.
Secara jujurnya, vibe filem ni bukan jenis “aksi kosong”. Ada nilai, ada cerita, dan ada momen yang boleh buat kita fikir balik tentang identiti dan pegangan hidup.
Filem ni bakal mula ditayangkan di pawagam bermula 9 April. Timing pun ngam dengan mood raya, jadi bolehlah plan tengok dengan family atau kawan-kawan.







Comments