Gayong 2: 3 Sebab Kenapa Filem Ini Wajib Masuk Watchlist
- Tasnim Ahmad
- 7 days ago
- 1 min read
Kalau anda peminat filem aksi tempatan, Gayong 2 memang patut masuk dalam senarai tontonan. Kali ini, filem ini datang dengan skala lebih besar, aksi lebih padu dan jalan cerita yang lebih ‘berat’ dari segi emosi. Bukan sekadar lawan-lawan, tapi ada jiwa.

Jadi, apa yang buat Gayong 2 lain daripada yang lain? Meh kita kaypoh sikit.
Pertama sekali, kisah yang dibawakan kali ini lebih mendalam. Inspirasi daripada tokoh legenda silat Gayong, Datuk Meor Abdul Rahman, bukan hanya fokus pada pertarungan fizikal. Kita juga dapat tengok konflik dalaman, pengorbanan dan harga yang perlu dibayar demi mempertahankan maruah dan warisan. Senang cerita, cerita dia lebih ‘kena’ dekat hati, bukan sekadar aksi kosong.
Dari segi aksi pula, memang nampak upgrade. Koreografi pertarungan lebih kemas, babak lebih intens dan visual nampak lebih sinematik. Setiap gerakan terasa realistik dan ada emosi. Bukan jenis hentam semata-mata, tapi setiap fight tu ada cerita dia sendiri.
Lagi satu yang menarik, barisan pelakon dia memang solid. Beto Kusyairy kembali dengan aura tersendiri sebagai Cikgu Meor, disokong oleh Nabila Huda dan Syafiq Naswip yang memang tak perlu diperkenalkan lagi dari segi kualiti lakonan. Dalam masa sama, kehadiran wajah baharu macam Sandra Lim, Fauzi Laily dan Bobby Tonelli bagi vibe fresh dan buat jalan cerita jadi lebih hidup.
Secara keseluruhan, Gayong 2 bukan sekadar filem aksi biasa. Ia gabungan elemen warisan, emosi dan hiburan yang seimbang. Tambah pula ditayangkan dekat pawagam, memang feel dia lain sikit. Lagi puas tengok di layar besar.
Jadi kalau tengah cari filem untuk layan musim ni, maybe ini masa yang sesuai untuk support filem tempatan. Kadang-kadang kita tak sedar, cerita macam ni sebenarnya dekat sangat dengan identiti kita sendiri.



Comments