Frankenstein Hidup Semula! Adaptasi Netflix Dengan Jacob Elordi & Oscar Isaac
- Atiqah Halim
- 14 hours ago
- 2 min read

Netflix baru sahaja mengeluarkan treler pertama untuk filem Frankenstein arahan Guillermo del Toro dan sejujurnya semua orang tengah tak sabar sekarang!
Bukan sebab cerita Frankenstein itu baru. Semua orang tahu kisah asal Mary Shelley sudah beratus tahun. Tapi kali ini, filem ini membawakan aura yang lain; dark, gothic, dan creepy. Tetapi dalam masa yang sama, ada aura mysterious yang akan membuatkan kita jadi lebih excited untuk menontonnya.
Oscar Isaac pegang watak Victor Frankenstein yang merupakan scientist gila yang obses untuk mencipta kehidupan. Jacob Elordi yang merupakan pelakon dari siri Euphoria pula jadi The Creature yang merupakan makhluk ciptaan yang tragis dan menyeramkan. Mia Goth pula membawakan watak Elizabeth, cinta hati Victor yang terperangkap dalam drama berdarah ni.
Kalau itu tak cukup, tunggu dulu. Christoph Waltz, Charles Dance, Lars Mikkelsen semua join sekali. Confirm berasap!
Dalam trailer, kita nampak glimpse pertama Jacob Elordi sebagai monster. Tapi bukan monster hijau hodoh macam kartun lama-lama tu. Dia lebih… haunting. Putih pucat, tragic, macam hidup dalam penderitaan. Ada aura macam pahlawan jatuh dari medan perang yang dihidupkan semula.

Shot-shot dalam trailer tunjuk gore, darah, dan gambar yang menggerunkan. Semestinya bukan untuk kanak-kanak. Kalau korang expect fairy tale, lupakan sahaja. Ini Guillermo del Toro, dia main deep, dark, dan emotional.
Filem ni telah buat tayangan perdana di Venice Film Festival pada 30 Ogos 2025. Reaksi awal semua kata masterpiece. Selepas itu, bermula 17 Oktober 2025, filem ni akan keluar di pawagam terpilih. Dan untuk yang malas keluar rumah? Relaks. Sebab 7 November 2025, Frankenstein akan secara rasminya akan keluar di Netflix seluruh dunia.
Guillermo del Toro bukan jenis buat horror kosong. Tetapi beliau suka blend seram dengan emosi. Sama macam The Shape of Water, kali ni Frankenstein akan kupas pasal cinta, kehilangan, dan persoalan besarnya: siapa yang sebenarnya raksasa? Ciptaan… atau pencipta?

Comments