top of page

Filem Seram “Misteri Fraser 1910”, Kehilangan Peneroka Bukit Fraser

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 8
  • 1 min read


Kisah kehilangan misteri peneroka Bukit Fraser, Louis James Fraser, menjadi inspirasi kepada syarikat produksi tempatan, Millionaire Film Production Sdn Bhd, untuk menghasilkan sebuah filem seram berjudul Misteri Fraser 1910.

 

Penerbitnya, Elani Aidid berkata idea tersebut tercetus ketika beliau dan pasukannya berada di Bukit Fraser bagi mencari lokasi penggambaran untuk sebuah filem lain pada tahun 2019.


“Ketika berada di sana, kami terbaca sejarah tentang Mr. Fraser yang dikatakan hilang secara tiba-tiba selepas menemui lubuk bijih timah dan tidak pernah dijumpai semula. Malah, terdapat laluan mendaki di kawasan itu seperti ‘Bishop Trail’ dan ‘Abu Suradi Trail’ yang dinamakan sempena individu yang terlibat dalam usaha pencariannya,” katanya.

 



Menggabungkan elemen sejarah, fiksyen dan seram, filem ini menampilkan Josiah Hogan sebagai Louis James Fraser bersama barisan pelakon terkenal termasuk Amai Kamarudin, Siti Hariesa, Isyariana dan Erry Putra.

 

Menurut Elani, jalan cerita Misteri Fraser 1910 adalah gabungan 50 peratus kisah benar dan 50 peratus fiksyen, dibangunkan hasil kajian bersama penduduk tempatan serta disokong oleh elemen komersial untuk tontonan umum.

 

“Elok ditonton bukan hanya kerana elemen seram, tetapi juga kerana nilai sejarahnya. Penonton akan dibawa ke tahun 1910 dengan penggunaan dialog bahasa baku lama, busana klasik dan prop yang sesuai dengan era tersebut,” ujarnya lagi.

 

Filem Misteri Fraser 1910 bakal menemui penonton bermula 26 Jun 2025 di pawagam seluruh Malaysia!



Commentaires


bottom of page