top of page

Filem seram Khadam Satukan Remy Ishak, Aghniny Haque & Siti Khadijah Halim

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 15 hours ago
  • 2 min read
ree

Dua nama besar industri, Red Communications dan Komet Productions, kini bergabung tenaga untuk menghasilkan Khadam, sebuah filem seram era 1950-an yang bukan sekadar menakutkan, tapi juga sarat dengan emosi. Kalau sebelum ini Red Communications sinonim dengan karya ikonik macam Istanbul Aku Datang, dan Kami The Movie, kali ni mereka berani terjun ke dunia seram-serius dengan sokongan Komet, syarikat produksi serantau yang ada rekod mantap melalui projek besar macam Ejen Ali The Movie 2 dan Siksa Kubur.


Barisan pelakon utama pula confirm buat ramai excited. Dari seberang, muncul Aghniny Haque, queen of horror Indonesia yang sebelum ini dah pecahkan panggung dengan KKN Desa Penari dan Pemandi Jenazah. Dari Malaysia, kita ada idola layar Datuk Remy Ishak (The Experts, Pulang, Sangkar) serta rising star Siti Khadijah Halim (From Saga With Love, Ash & Aish), yang bakal bawa nafas baru dalam genre seram tempatan.


ree

Duduk di kerusi pengarah ialah Shamyl Othman, yang pernah meletup dengan Rahsia (2023), sementara skrip ditulis oleh Fariza Azlina Isahak, penulis prolifik yang dikenali kerana mampu menangkap jiwa generasi melalui Kami The Movie dan Songlap. 


Khadam mengisahkan Melor, seorang ibu yang kehilangan ibunya dan terpaksa mewarisi saka keluarga, satu legasi gelap yang makin lama makin menjerut hidupnya. Bila ancaman itu mula mengintai anak perempuannya, Melor tak ada pilihan selain melawan sumpahan hitam itu. Kisah ini bukan sekadar tentang saka, tapi juga cabaran seorang wanita yang terpaksa buat pilihan mustahil demi melindung darah dagingnya. Seram dengan sentuhan emosi yang juga merupakan gabungan yang jarang kita dapat tengok.


Lebih menarik, projek ini dah pun berjaya curi perhatian antarabangsa. Antara yang masuk line: Sil Metropole dari Hong Kong dan Applause Entertainment dari India. Tambah pula dengan sokongan FINAS, jelas nampak yang khadam ada potensi jadi filem seram tempatan dengan penonton serantau.


Tak cukup dengan trio utama, filem ini turut dibintangi Jun Lojong dan duo kanak-kanak berbakat, Zarra Zhaff dan Karl’El. Shooting dijadualkan bermula pertengahan September 2025, dan kalau ikut plan, pawagam Malaysia serta beberapa negara Asia Tenggara akan jadi pentas tayangan pada 2026.


Bila Khadam sudah ditayangkan nanti, berani ke korang tengok sorang-sorang?


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page