top of page

Filem Magik Rompak Gegar Pawagam! Raih RM1 Juta Kutipan Tayangan Awal

  • Writer: N
    N
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Filem aksi komedi terbaru arahan Adrian Teh, Magik Rompak, membuka tirai dengan penuh bergaya apabila berjaya meraih RM1 juta kutipan tayangan awal sebelum tayangan rasminya bermula hari ini.

ree

Menurut perkongsian di Instagram rasmi filem tersebut, tayangan awal eksklusif pada 5, 6, 7 dan 10 September 2025 di pawagam TGV terpilih mendapat sambutan hangat daripada penonton yang tidak sabar menonton karya baharu ini.


Menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Zul Ariffin, Amelia Henderson, dan Nadhir Nasar, filem ini menjanjikan kelainan dengan gabungan aksi mendebarkan, elemen magis dan komedi segar yang mampu menarik penonton dari pelbagai lapisan usia.


“Ribuan terima kash kepada semua penonton yang dah support Magik Rompak waktu tayangan awal haritu! You guys are the best!”

Dengan tayangan rasmi yang bermula hari ini di seluruh pawagam Malaysia, pihak produksi optimis bahawa momentum positif ini akan berterusan sekaligus menjadikan Magik Rompak antara filem tempatan wajib tonton tahun ini.


Orang ramai diseru untuk segera mendapatkan tiket mereka bagi merasai sendiri pengalaman sinematik penuh aksi, magik dan gelak tawa yang dibawakan oleh Magik Rompak.

Comments


bottom of page