top of page

Filem Komedi Islamik “Isan Nikah” Tayang 17 Julai di Malaysia

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 21 hours ago
  • 1 min read

Selepas kejayaan filem seram Islamik Khong Khaek, syarikat produksi terkenal dari Thailand, Monwichit Entertainment kembali dengan sebuah naskhah yang membawa elemen Islamik, genre komedi romantik bertajuk “Isan Nikah”.

 

Filem yang bakal menemui penonton Malaysia di pawagam bermula 17 Julai 2025 ini mengetengahkan isu perkahwinan campur antara seorang gadis Muslim dan jejaka Buddha yang memeluk Islam, namun hubungan mereka dihalang oleh abang si gadis yang mencuba pelbagai cara untuk menggagalkannya.

 

Diarahkan oleh Kriangkrai Monwichit, filem ini bukan sekadar kisah cinta, tetapi turut menyelitkan budaya masyarakat Islam di selatan Thailand, termasuk dari segi makanan, bahasa, lokasi pelancongan dan adat setempat.

 

Barisan pelakon hebat Thailand turut menjayakan filem ini termasuk Nattawut Sanyabut, Chatchai Chinnasri, Kamonporn Sangwatcharasoontorn, Adull Borsu, serta influencer popular Amadkuciasree Doloh @ Chalee.


 

Menurut Pengarah Urusan Empire Film Solution Sdn Bhd, Mohamad Zubir Badar Shair, beliau yakin bahawa “Isan Nikah” mampu mencuri hati penonton tempatan dengan kisah yang segar, serta dekat dengan realiti masyarakat majmuk.

 

“Penonton Malaysia sudah biasa dengan filem seram dari Thailand. Kini kami tampilkan sesuatu yang berbeza, filem Islamik yang sarat mesej, disampaikan dengan komedi yang santai. Ia mengetengahkan tentang budaya dan kehidupan masyarakat muslim di selatan Thailand yang jarang dipaparkan dalam sesebuah naskhah," katanya.

 

Isan Nikah bukan sekadar hiburan, tetapi juga jambatan budaya dan agama, dibalut dengan kisah cinta, cabaran keluarga, dan nilai kemanusiaan sejagat.

 

Jangan lupa saksikan “Isan Nikah” yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 17 Julai 2025.



Commenti


bottom of page