top of page

Fenomena Blood Moon Seiring Dengan Filem Seram “Qifarah” – Bakal Hantui Pawagam 9 Oktober Ini!

  • kaypohmedia
  • 2 days ago
  • 1 min read

Baru-baru ini, langit malam Malaysia dihiasi dengan fenomena Gerhana Bulan Penuh atau lebih dikenali sebagai Blood Moon, apabila bulan kelihatan berwarna kemerahan hasil pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.


Fenomena ini bukan sahaja memukau peminat astronomi, malah secara kebetulan ia seakan menjadi ‘petanda’ kepada kemunculan filem seram terbaharu, “Qifarah”, yang bakal menghantui pawagam seluruh negara pada 9 Oktober 2025.

ree

Dalam pelbagai budaya, Blood Moon sering dikaitkan dengan ritual ghaib, mistik, serta upacara ilmu hitam. Simbolisme inilah yang diangkat ke layar perak melalui “Qifarah”, menjadikan fenomena alam semula jadi ini selari dengan tema seram yang ingin diketengahkan.


Diterbitkan oleh Skop Productions bersama MyWay Pictures, serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, “Qifarah” bukan sekadar filem seram klise. Ia mengisahkan seorang lelaki yang terjerat dalam legasi keluarganya yang mengamalkan ilmu hitam. Filem ini menekankan balasan (qifarah) atas perbuatan syirik, sambil mengangkat mesej moral tentang akibat menyimpang dari jalan kebenaran.

Diterajui lakonan mantap Remy Ishak, Sharifah Sakinah dan Liyana Jasmay, “Qifarah” dijangka memberi impak besar bukan sahaja dari segi hiburan, malah juga kesedaran kepada penonton. Dengan sinematografi suram, elemen mistik, dan jalan cerita yang menegangkan, filem ini berpotensi mencipta fenomena seram tempatan yang sukar dilupakan.


Buat peminat genre seram, jangan lepaskan peluang menantikan treler rasmi “Qifarah” yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pastikan anda bersedia kerana filem ini menjanjikan pengalaman menonton yang penuh kejutan dan rasa meremang!

ree

Tayangan rasmi: 9 Oktober 2025 di pawagam seluruh negara. Untuk perkembangan terkini, ikuti akaun rasmi Primeworks Studios di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube.

Comments


bottom of page