Fenomena ALPHA! Muzik Video P. Ramlee Saloma Raih 100 ribu Tontonan dan 22 Juta Capaian Digital
- kaypohmedia
- 8 hours ago
- 1 min read
ALPHA mencatat pencapaian membanggakan apabila muzik video terbaharu mereka, P. Ramlee Saloma, meraih lebih 100,000 tontonan di YouTube dalam tempoh lebih dua hari selepas dilancarkan. Sambutan pantas ini sekali gus mengangkat nama Alpha sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam industri hiburan tempatan.

Dilancarkan pada 18 Julai 2025 di bawah label Rocketfuel Entertainment, lagu ini dihasilkan oleh trio hebat Justin Seow, Mohsein Kush dan Prem Anand. Menariknya, P. Ramlee Saloma juga dipilih sebagai OST drama hit Thariq Ridzuwan: His Treasure lakonan Meerqeen, Qasrina Karim dan Evertts Gomes.

Dengan lirik yang penuh emosi tentang cinta dan pengorbanan, lagu ini menampilkan sisi lebih matang Alpha berbanding karya mereka sebelum ini. Vokal tujuh ahlinya Daniel Sher, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Izzat Ibrahim, Ray-D, Araff dan Sky, memang padu dan kena dengan konsep balada moden yang dibawakan.
Bukan setakat YouTube, dalam masa dua bulan sahaja lagu ini dah kumpul lebih 22 juta capaian digital di pelbagai platform.
Dengan pencapaian pantas sebegini, ramai peminat berharap P. Ramlee Saloma akan melangkah ke pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu. Satu perkara pasti, Alpha kini semakin kukuh sebagai antara kumpulan muzik paling berpengaruh dalam industri hiburan Malaysia.
Comments