Farahdhiya Kembali Dengan Lagu Raya “Eh Ah! Raya” Yang Confirm Buat Mood Syawal On!
- Tasnim Ahmad
- Feb 24
- 1 min read
Updated: Feb 25
Kalau sebut lagu raya baharu 2026, nama Farahdhiya memang tak boleh lari. Tahun ini, Farahdhiya kembali memeriahkan Aidilfitri dengan single terbaharu berjudul “Eh Ah! Raya”, lagu yang sekali dengar terus rasa nak kemas beg balik kampung.

Dah lama kita tak dapat lagu raya yang betul-betul fun tapi masih ada sentuhan tradisi. Kali ini, Farahdhiya nampaknya datang dengan misi jelas, nak hidupkan semula rasa meriah Syawal yang penuh gelak tawa dan momen keluarga.
“Eh Ah! Raya” bukan sekadar lagu raya biasa. Lagu ini gabungkan bunyi klasik seperti rebana dengan susunan pop kontemporari yang lebih segar dan dekat dengan selera generasi sekarang.
Menurut Farahdhiya, “Eh Ah! Raya” lahir daripada rasa rindu terhadap kemeriahan Aidilfitri yang penuh warna-warni dan gelak tawa.
“Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu raya sendiri yang benar-benar mencerminkan personaliti saya iaitu ceria, sedikit 'playful' dan penuh semangat kekeluargaan.”
“Lagu ini adalah gambaran suasana ketika semua orang sibuk membuat persiapan, anak-anak berlari riang dan keluarga berkumpul tanpa mengira usia," ujar Farahdhiya.
Tambahnya lagi, beliau mahu lagu ini menjadi runut bunyi wajib setiap kali menjelang Syawal.
Single “Eh Ah! Raya” diedarkan oleh Seventeen Eleven Muzik dan sudah boleh distrim di semua platform digital bermula 25 Februari 2026.

Muzik video rasmi pula tampil dengan konsep penuh warna dan elemen tradisi raya, boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music. Visual dia memang vibrant memang ngam dengan vibe lagu yang ceria dan playful.



Comments