“Express Mode” Jadi Bukti Super Junior Masih Berbisa Selepas 20 Tahun!
- Ain Najihah
- 22 hours ago
- 1 min read

Kumpulan legenda K-Pop, Super Junior kembali mencetus fenomena menerusi pelancaran video muzik (MV) terbaharu mereka berjudul ‘Express Mode’, yang merupakan lagu utama daripada album ke-12 mereka, Super Junior25.
Lagu ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2025, dan setakat ini telah mencatatkan lebih 6.1 juta tontonan di YouTube.
Hal ini membuktikan bahawa aura Super Junior masih berbisa selepas lebih dua dekad dalam industri hiburan!
Video Muzik ‘Express Mode’ membawa penonton menyelusuri dunia serba moden dan dinamik, selari dengan semangat tajuknya. Muzik yang penuh tenaga serta gaya persembahan yang power menjadikan lagu ini sebuah pembuka tirai yang sempurna untuk album baharu mereka.
Album "Super Junior25" ini memuatkan 9 buah lagu menarik termasuk:
Express Mode
Haircut
Air
Delight
I Know
Say Less
D.N.A.
Finale
우리의 꽃말 (Stuck With You)
Kepelbagaian genre dan susunan muzik dalam album ini jelas menonjolkan kematangan serta evolusi muzik Super Junior sepanjang perjalanan seni mereka. Album ini pasti akan memuaskan hati peminat setia dari pelbagai generasi.
Kalau anda belum tonton lagi Video Muzik ‘Express Mode’, ini masa yang sesuai untuk merasai sendiri kehebatan ‘comeback’ penuh gaya dari Super Junior!
Comments