Evanescence bakal gegar KL 28 November, satu-satunya show Asia Tenggara 2026
- N

- 11 hours ago
- 1 min read
Peminat rock alternatif, ini berita yang memang susah nak ignore, Evanescence Live KL 2026 sah bakal jadi antara konsert paling panas hujung tahun depan. Band ikonik yang diketuai oleh Amy Lee ini akan singgah di Kuala Lumpur untuk satu-satunya persembahan mereka di Asia Tenggara.

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 28 November 2026 di National Hockey Stadium. Ya, betul bukan sekadar tour biasa, tapi eksklusif untuk rantau ini. Jadi kalau kau terlepas, memang kena terbang jauh kalau nak tengok live.
Evanescence bukan nama kecil dalam dunia muzik. Dari era awal 2000-an sampai sekarang, lagu-lagu mereka masih lagi jadi playlist wajib daripada “Bring Me to Life” sampai “My Immortal”, semua ada aura tersendiri. Tak hairanlah bila konsert ni terus masuk radar peminat Malaysia dan negara jiran.
Apa yang lagi menarik, konsert ini juga akan tampil dengan tetamu khas (yang masih dirahsiakan buat masa ini). Biasanya, surprise macam ni lah yang buat pengalaman konsert jadi lagi memorable.
Untuk yang dah bersedia nak secure tempat, tiket akan mula dijual pada:
8 Mei 2026, jam 10:00 pagi menerusi laman rasmi penganjur GoLive Asia. Berdasarkan hype sekarang, besar kemungkinan tiket akan “licin” lebih cepat daripada jangkaan.
Konsert ini dibawakan oleh Hello Universe, yang sebelum ini pun terkenal dengan penganjuran event berskala besar.
Kalau kau jenis yang membesar dengan lagu-lagu Evanescence atau baru nak rasa pengalaman live mereka, ini peluang yang memang rugi kalau lepaskan. KL bakal jadi tumpuan peminat rock serantau hujung tahun 2026 nanti.



Comments