top of page

Esther Yu Gegar Kuala Lumpur, Bukti Demam C-Drama Makin Kuat

  • Writer: N
    N
  • Apr 9
  • 2 min read

Kalau korang peminat iQIYI Starship 2026, memang ini momen yang ditunggu-tunggu. Buat pertama kali, acara ini singgah di Kuala Lumpur dan bawa sekali bintang popular China, Esther Yu dan yes, sambutannya memang luar jangka.

Lebih 1,000 peminat memenuhi acara ini, dari pelanggan VIP iQIYI Malaysia sampai ke hardcore fans C-Drama. Ini jelas tunjuk satu benda: demam drama Asia, khususnya C-Drama, memang tengah “panas” di Malaysia sekarang.


Seawal kemunculan di pentas, Esther Yu dah berjaya “cairkan” crowd dengan aura ceria dan personaliti dia yang sangat approachable. Tak kekok langsung macam jumpa kawan lama, bukan selebriti antarabangsa.

Malam tu bukan sekadar sesi jumpa peminat biasa. Ada Q&A eksklusif, game atas pentas, dan interaksi santai yang buat suasana lagi hidup. Lagi best, beberapa personaliti tempatan seperti Moses Wong, Jestinna Kuan dan Rasyidah Abu Johan turut memeriahkan event, bagi vibe lebih dekat dengan penonton Malaysia.


Antara momen paling memorable? Bila Esther Yu cuba cakap Bahasa Melayu secara live di atas pentas. Walaupun ringkas, usaha tu terus dapat sorakan gemuruh. Sweet dan effort tu memang kena dengan hati peminat lokal.


Selain itu, acara ini juga jadi platform untuk celebrate kejayaan drama Speed and Love. Watak Jiang Mu lakonan Esther Yu bukan saja popular, tapi berjaya tinggalkan impak emosi kepada penonton sampai dia dinobatkan sebagai antara watak wanita C-Drama paling popular di Malaysia.

Esther sendiri sempat luahkan rasa terharu dengan sokongan yang diterima. Katanya, dia rasa sangat dihargai dan berharap dapat kembali ke Malaysia lagi. Ha, siapa yang dah mula berharap fan meeting kedua?


Menariknya, iQIYI Starship bukan sekadar event hiburan biasa. Ia sebenarnya cerminan bagaimana dunia hiburan sekarang dah bergerak beyond screen daripada sekadar tengok drama di rumah, kepada pengalaman real-life yang lebih dekat dengan artis.


Sebagai penutup malam, cabutan bertuah khas memilih 80 peminat untuk sesi bergambar eksklusif dengan Esther Yu. Memang rezeki terpijak, dan confirm jadi memori seumur hidup untuk mereka yang terpilih.

Apa yang jelas, Malaysia bukan lagi sekadar penonton kita dah jadi sebahagian daripada gelombang hiburan Asia yang semakin berkembang.

Comments


bottom of page