top of page

Esther Yu Bakal Buat Penampilan Pertama di Malaysia Untuk iQIYI Starship 2026

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 18 hours ago
  • 1 min read

Berita baik untuk peminat drama China! Pelakon popular Esther Yu bakal membuat penampilan pertamanya di Malaysia menerusi acara iQIYI Starship 2026 yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 April 2026.


Acara yang dianjurkan oleh platform penstriman iQIYI ini dijangka menjadi salah satu pertemuan paling dinanti oleh peminat drama China di Malaysia, terutamanya bagi mereka yang mengikuti perjalanan karier Esther Yu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Menariknya, Malaysia dipilih sebagai persinggahan pertama untuk jelajah iQIYI Starship 2026. Pilihan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana komuniti peminat drama Asia di Malaysia memang cukup aktif.


Sebelum ini, pelbagai aktiviti iQIYI Starship di Asia Tenggara menerima sambutan yang sangat meriah. Jadi, tidak hairanlah Malaysia menjadi antara lokasi penting dalam perancangan mereka tahun ini.


Bagi peminat tempatan, ini juga peluang untuk melihat sendiri bintang kesayangan mereka secara lebih dekat.


Nama Esther Yu semakin dikenali ramai selepas membintangi beberapa drama popular seperti Love Between Fairy and Devil, My Journey to You dan Sword and Fairy.


Selain itu, beliau juga membintangi drama original iQIYI terbaru, Speed and Love yang berlatarbelakangkan dunia perlumbaan kompetitif. Drama ini menggabungkan elemen pertumbuhan diri, emosi dan cabaran hidup, dan sejak pelancarannya ia telah menjadi antara drama China yang paling hangat dibincangkan di rantau Asia Tenggara.


Dalam acara iQIYI Starship nanti, Esther Yu dijangka akan berkongsi pengalaman di sebalik tabir drama tersebut, termasuk pandangannya tentang watak yang dibawakan. Bagi peminat drama China di Malaysia, acara ini memang sesuatu yang jarang berlaku. Bukan selalu kita dapat peluang jumpa pelakon popular Asia secara live di Kuala Lumpur.


Kalau anda peminat tegar Esther Yu, mungkin inilah masa terbaik untuk lihat sendiri aura bintang yang selama ini hanya muncul di skrin.

Comments


bottom of page