top of page

EMPAT Lancar Lagu Baru Jangan Henti Sempena Konsert EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025

  • Writer: N
    N
  • 2 hours ago
  • 2 min read

EMPAT, gabungan empat nama besar industri muzik tanah air Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel muncul dengan kejutan istimewa buat para peminat menjelang Konsert EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025.

ree

Mereka baru sahaja mempersembahkan single terbaharu berjudul Jangan Henti, sebuah karya yang sarat dengan kasih, semangat, dan penghargaan terhadap peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seni mereka.


“Jangan Henti adalah hadiah terbaru daripada kami buat para peminat. Lagu ini lahir daripada kasih dan semangat yang tidak pernah putus, sama seperti sokongan anda yang sentiasa mengiringi langkah kami.” – EMPAT

Single ini dicipta oleh Edry Abdul Halim, manakala liriknya ditulis oleh Syamel, Ernie Zakri dan Edry, dengan sokongan Anuar Zain Network Sdn Bhd, Ziana Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd. Lagu ini dijangka boleh didengari di semua platform digital pada minggu hadapan.


Lebih menarik, peminat akan berpeluang menyaksikan tayangan perdana muzik video Jangan Henti pada 4 Oktober 2025 di Sungei Wang Plaza.

ree

Acara ini bukan sekadar pelancaran muzik video, malah EMPAT turut meraikan peminat dengan sesi eksklusif istimewa.

  • 70 peminat bertuah bakal dipilih.

  • 50 terawal dengan bukti pembelian tiket konsert akan menerima peluang istimewa.

  • 20 terawal yang membeli tiket di lokasi acara juga berpeluang menyertai.

  • Semua pemenang akan menerima poster eksklusif bertandatangan EMPAT dan peluang berfoto bersama artis kegemaran mereka.


EMPAT turut menitipkan rasa syukur atas sokongan luar biasa yang mereka terima:


“Sokongan anda adalah inspirasi yang akan membawa tenaga, kekuatan dan doa agar konsert pada 18 Oktober nanti bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi sebuah kenangan terindah buat anda semua.”


Konsert yang dinanti-nantikan ini bakal berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Mega Star Arena. EMPAT menjanjikan sebuah malam penuh magis, menyatukan empat suara emas dalam sebuah persembahan bersejarah yang sukar dilupakan.

Bagi yang masih belum mendapatkan tiket, anda boleh segera dapatkannya di: www.ticket2u.com.my/empatkl

ree

Dengan lagu baru, muzik video eksklusif, dan konsert bersejarah, EMPAT benar-benar membuktikan mengapa mereka terus relevan dan disayangi peminat muzik tempatan.

Comments


bottom of page